Azmin 'politikkan' SPRM untuk wujudkan persepsi dia saja yang betul...

Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempolitikkan tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis adalah tindakan dwi standard.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, SPRM sebagai agensi pencegahan rasuah bersifat ‘buta warna’ dalam mengendalikan siasatan, termasuk kes yang melibatkan ahli politik.

“Saya tak hairan kalau Azmin melemparkan dakwaan sebegitu (walaupun SPRM bertegas tiada unsur politik), sebenarnya dia yang sengaja mempolitikkan isu tugas SPRM dan polis.

“Bagi dia, PKR dan sekutunya tidak boleh diganggu. Kalau pemimpin BN atau UMNO ditangkap padanya itu betul, jika mana-mana orang PKR ditahan itu dia fitnah sebagai politik,” katanya kepada pemberita Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Presiden Pakatan Harapan Selangor dan juga Timbalan Presiden PKR itu yang terus menuduh SPRM dipengaruhi unsur politik dalam tangkapan anak saudaranya kerana terlibat dalam aktiviti perlombongan pasir secara haram di negeri itu.

Beliau menambah, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak cuba mengubah persepsi rakyat negeri itu kononnya hanya dia dan sekutunya sentiasa telus dan bebas rasuah.

“Itulah permainan politik Azmin dan perbuatan itu telah menjadikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah meluat, kembali menyokong Barisan Nasional.

“BN sentiasa relevan dan terbukti telus dan tidak melibatkan unsur politik dalam perkara pihak berkuasa. Azmin jangan kacau SPRM dan polis dan sesuka hati fitnah kononnya tindakan SPRM dipengaruhi arahan politik,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai sokongan Khalid Ibrahim yang juga Ahli Parlimen bebas Bandar Tun Razak kepada UMNO dan Pas, Noh berkata, tindakan itu wajar memandang Khalid sedar hanya Pas dan UMNO memperjuangkan Islam dan Melayu.

“Dia akan kerjasama dengan mana-mana parti yang memperjuangkan Islam dan bela Melayu dia lihat Pas dan UMNO, PKR lebih dikawal parti Chauvanis DAP,” tambah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana