Awas dakyah pasal GST…Jangan Kita Mudah Tertipu Oleh Dakyah Pihak Pembangkang

Putaran dakyah pembangkang untuk takutkan rakyat putar pelbagai isu menjelang pilihanraya umum ke 14 cukup ligat.

Awas...kalau dengar temberang kononnya kerajaan sudah pasang angan-angan hendak naikkan kadar GST yang kini 6 peratus sebaik saja menang PRU14.

Isu ini kebelakangan ini terus menerus dimainkan oleh pembangkang menerusi media sosial dan sebagainya.

Taktik itu memang cukup mudah untuk bikin orang segera naik angin.

Terbaru dakyah itu diputar balik ekoran adanya laporan mengatakan Bank Dunia ada mencadangkan Malaysia menaikkan GST kepada tujuh peratus.

Dakyah mengenai hal itu telah ditanya kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz masa sesi soal jawab di Dewan Negara Isnin.

Othman secara tegas menjawab kerajaan tidak ada angan-angan atau ada rancangan untuk naikkan kadar GST walaupun selepas PRU14.

Katanya sekalipun dikatakan ada pandangan Bank Dunia bahawa kadar GST paling sesuai dikenakan oleh Malaysia ialah 7 peratus tetapi paras 6 peratus akan terus kekal.

“ Setengah di luar kata sekarang 6 peratuslah…nanti lepas menang besar pilihanraya dia (kerajaan) akan tekan 8 peratus…tidak…kita kekal 6 peratus,”ujarnya.

Katanya dengan kadar 6 peratus sekarang pun kerajaan sudah boleh urus ekonomi dengan baik.

Serentak dengan itu beliau menjelaskan kadar GST Malaysia masih rendah dibanding dengan sebilangan negara lain.

Beliau beri contoh Indonesia 10 peratus,Thailand 7 peratus,Singapura 7 peratus,Korea 10 peratus,Finland 24 peratus,Sweden 25 peratus dan Belanda 21 peratus.

Dalam pada itu berbanding beberapa dengan negara lain,Malaysia juga tidak kenakan GST kepada barangan keperluan utama pengguna dalam kategori CPI untuk ringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Pakatan Harapan dalam bajet alternatif yang diumumkan sebelum pembentangan Bajet 2018  mencadangkan agar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikembalikan untuk menggantikan GST.

Sebaliknya SST diketahui umum adalah sistem cukai yang lapuk dan tidak efisyen.

Ini dikatakan jelas mengambarkan pembangkang sudah ketandusan modal untuk lawan GST yang mereka sendiri sedar adalah sistem percukaian terbaik.

Lojiknya…160 buah negara di seluruh dunia sudah gunapakai GST.

Malaysia cuma perkenal GST pada April 2014.

Tentu ia satu jenaka kalau Pakatan Harapan nak pukul canang dakwa otak mereka lebih geliga pasal sistem cukai berbanding kerajaan di 160 buah negara di seluruh dunia.

Ia cuma taktik populis sama seperti dakwaan boleh bagi macam-macam percuma jika menang.

Malah ada ahli ekonomi yang tertawa dengan janji populis Pakatan Harapan tidak praktikal yang disifatkan seolah ‘gali kubur tanam diri sendiri’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana