Wakil Rakyat Hantar MBSA, Ganggu Program Ikan Jamal...Aikkk Kata Negeri Berkebajikan?

SHAH ALAM, 18 NOV - ' Program Ikan Segar Harga Patut ' di Seksyen 24 pada hari ini dikejutkan dengan kehadiran beberapa anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos yang juga penganjur untuk program itu berkata kehadiran anggota penguatkuasa terbabit bertujuan untuk mengambil tindakan keatas program yang dianjurkan kerana mendapat tentangan daripada wakil rakyat di kawasan berkenaan iaitu daripada Adun Batu Tiga, YB Puan Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abdul Samad.

Penguatkuasa MBSA yang hadir pada hari ini mengambil tindakan amaran kepada penganjur.
Dalam pada itu, Jamal meluahkan perasaan kecewa terhadap tindakan yang dibuat oleh wakil rakyat berkenaan kerana program yang cukup baik ini sewajarnya perlu disokong bukannya bertindak buruk dan berbusuk hati demi mencapai kepentingan politik.

" Program yang macammana mereka inginkan, mungkin kalau saya buat Pesta Arak dan memberi 'Kondom' kepada rakyat baru mereka sokong agaknya," kata Jamal.
" Kami dah 3 bulan membuat 'ROADSHOW' Jualan Ikan Murah Harga Patut, baru hari ini saya terkejut kerana mendapat 'AMARAN' daripada pihak PBT, saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka menjalankan tugas yang diamanahkan, cuma saya kecewa terhadap tindakan yang dilakukan oleh wakil rakyat berbusuk hati tersebut," kata Jamal lagi.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari pula berkata, program yang dianjurkan pada hari ini cukup bermanfaat demi rakyat, dimana, program yang dijalankan ini dapat membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

" Seawal pukul 6.45 pagi tadi, Orang ramai telah mula berkumpul dan beratur sehingga tengahari ini dan tidak ada sebarang rungutan, rentetan mahupun perselisihan faham, malah mereka beratur dan bersembang seperti beriadah," kata Azhari.

" Wakil Rakyat di sini tidak pernah membantu rakyat, mereka kata negeri berkebajikan, jadi inilah yang kami ingin tunjukkan, selama 2 penggal mereka memerintah langsung tidak ada usaha untuk meringankan beban rakyat di Shah Alam," kata Azhari lagi.Dalam pada itu, difahamkan sebanyak 4000Kg Ikan dan 4000Kg Ayam habis dijual sehingga jam 12 Tengahari.

Barang keperluan lain juga turut dijual pada hari ini seperti telur ayam, isian semula gas memasak, sayur-sayuran dan juga buah -buahan. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana