VIDEO : SUDAH EMPAT KALI SULTAN JOHOR TEGUR MAHATHIR

Sebelum ini, Sultan Johor telah menyatakan kekecewaan baginda terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baginda telah menegur Mahathir Mohamad kerana tidak setuju dengan konsep Bangsa Johor dan tidak faham dengan sejarah negeri Johor.

Baca : http://novandri.blogspot.com/2016/08/sultan-johor-nasihat-tun-m-supaya-tutup.html

Baginda juga telah menegur Perdana Menteri era mana berlaku perubahan perlembagaan yang menyekat kuasa raja-raja.

Media juga melaporkan titah Sultan Johor yang mencabar Mahathir Mohamad untuk menyenaraikan kepada Johor pelaburan besar dari negara Arab, Australia atau Amerika Syarikat daripada terus ‘menghentam’ pelaburan China.

Yang terbaru, media melaporkan Sultan Johor yang mengulas kenyataan Mahathir Mohamad baru-baru ini yang melabel masyarakat Bugis sebagai lanun.

“Saya terasa juga. Saya keturunan Bugis, Sultan Selangor keturunan Bugis, Rakyat Johor banyak keturunan Bugis. Asal usul saya pun dari Riau Lingga. Banyak Bugis. Apa rasa orang Bugis,” titah baginda.

Baginda bertitah, orang Bugis adalah pelaut dan menjaga laluan yang berkepentingan dan tidak memusnahkan kapal yang melalui Selat Melaka.

Titah baginda, kenyataan seperti itu dilihat mahu memecah belah kaum dan membenci sesama kaum yang sepatutnya saling menghormati.

“Cuba saya kata orang Cina perompak. Terasa tak semua Cina? India pembunuh? Terasa orang India. Ini yang saya kata balik semula memecahbelahkan. Membuatkan kaum sesama kaum membenci. Kita sepatutnya mesti saling menghormati antara satu sama lain..” titah baginda

Penulis berharap agar rakyat faham tentang isu ini. Dan jika Sultan telah bertitah maka ada baiknya jika Mahathir meminta maaf.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana