Video Nga Kor Ming bukan palsu - Pemuda UMNO

Pemuda UMNO Perak menegaskan video tular Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir bukanlah palsu.

Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata laporan balas yang dibuat pihaknya hari ini adalah bertujuan untuk menyangkal tuduhan serius Kor Ming yang mengatakan pihaknya membuat laporan palsu sebelum ini.

“Hari ini, Pemuda UMNO Perak akan menyerahkan bukti video berdurasi 30 minit dan 36 saat kepada pihak polis, kepada Polis Diraja Malaysia, kerana semalam (Selasa) Kor Ming mengatakan kami membuat laporan palsu berdasarkan video yang tular di laman sosial itu telah disunting.

“Malah, video klip yang kami petik ini juga daripada media rasmi Kor Ming sendiri, iaitu TaipingKini, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mereka teliti dan mereka nilaikan dengan kesahihan dakwaan kami,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, pada Rabu.

Jelasnya, beliau berharap agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang itu kerana dilihat sebagai satu perlakuan yang mengganggu ketenteraman dan keselesaan masyarakat di negeri Perak.

Tambah Khairul, kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh Kor Ming pada minit ke-26 itu juga telah memberi gambaran yang buruk kepada pimpinan utama negeri Perak khususnya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir sendiri.

“Saya pun tidak mahu mengatakan video ini sahih, atau palsu dan sebagainya tetapi kita serahkan kepada polis untuk menilai keseluruhannya,” katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai tujuh laporan polis oleh pergerakan itu serta gabungan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung kenyataan kesat Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming terhadap Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sungai Senam pada pukul 1.15 petang pada 20 November lepas, Kor Ming dikatakan telah menghina orang Melayu di pentas ceramah politik sekitar Ipoh.

Sehari selepas itu, Kor Ming telah membuat laporan balas yang mendakwa laporan itu hanyalah sebagai satu kempen fitnah melalui satu laman blog yang disunting bagi menimbulkan ketegangan kaum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana