Tindakan halang ADUN BN bahas belanjawan Kelantan amat keji

Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub mengusir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah daripada sidang disifatkan sebagai satu tindakan yang sangat keji.

Menurut Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan yang mewakili Ahli-Ahli DUN BN Kelantan sangat kesal dengan tindakan speaker yang tidak memberi laluan kepada Nazula selaku Ketua Pembangkang untuk membahaskan usul belanjawan 2018.

“Sebagai Ketua Pembangkang YB Dato’ Norzula Mat Diah sepatutnya diberi laluan untuk terlibat di dalam perbahasan.

“Dewan Undangan Negeri dan sessi belanjawan adalah satu-satunya pentas dan ruang untuk ADUN menyampaikan pandangan dan meluahkan sebarang isu termasuk keluhan dari rakyat yang diwakili mereka. Tindakan menghalang ADUN dari menunaikan tanggunjawab ini adalah amat keji.

“Walaupun YB Paloh masih belum pulih sepenuhnya dari serangan stroke, beliau tetap gagahkan diri hadir dalam dewan demi menyampaikan suara rakyat yang diwakilinya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya tindakan speaker untuk tidak bertolak ansur apalagi mempertimbangkan keadaan kesihatannya serta bertegas mengusir beliau dari dewan tidak boleh diterima.

Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Speaker yang mengatakan ia hanyalah ‘lakonan air mata’ adalah sangat biadap.

“Adalah tersangat biadab dari seorang muda terhadap YB Paloh, seorang ahli dewan paling lama dalam DUN Kelantan. Ia diluar kesantunan orang Melayu, apalagi datang dari seorang mewakili parti ‘Islam’,” ujarnya lagi.

Menurut Alwi, 4.30 petang semalam selepas ADUN Kelaboran menamatkan ucapan perbahasannya, dua ADUN bangun untuk berucap, tetapi speaker menyatakan hasrat untuk menangguhkan persidangan.

Namun jelasnya Speaker langsung tidak menyatakan sessi perbahasan sudah tamat.

“Sikap tidak demokratik DUN Kelantan ini menggambarkan Kerajaan Pimpinan PAS sangat takut untuk menghadapi keluhan dan suara rakyat secara berdepan.

“YB Paloh hanya ingin menyampai keluhan rakyat Gua Musang terhadap kebimbangan mereka apabila bukit ditarah, balak di tebang dan Hutan Simpan Kekal diteroka sehingga 200 ribu hektar.

“Beliau juga ingin menyampaikan kebimbangan penduduk orang asli di Gua Musang terhadap cadangan pembinaan Empangan Nenggiri yang disebut oleh YAB Menteri Besar dalam ucapan belanjawan pada hari pertama persidangan!

“Kami ADUN-ADUN BN Kelantan amat kesal dgn sikap tidak profesional dan berat sebelah ini. Di Parlimen semua ahli-ahli Yang Berhormat di beri peluang paling tidak lima minit untuk bersuara dalam sidang belanjawan.

“Sehubungan dengan itu kami semua ADUN-ADUN pembangkang bersepakat memulaukan sessi seterusnya Sidang DUN untuk tahun 2017,” katanya.

Terdahulu Nozula yang juga wakil rakyat UMNO bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari akhir sidang DUN selepas seorang anggota Exco Kerajaan negeri selesai penggulungan.

Bagaimanapun, Abdullah menggunakan sepenuhnya kuasa speaker untuk tidak mengizinkan Nozula berbahas dan memintanya duduk.

“Sila duduk Yang Berhormat…,” arah Abdullah kepada Nozula yang ketika itu bangun untuk mendapatkan kebenaran berbahas.

Namun, Nozula menjelaskan, peluang yang diberikan kepada 10 ADUN itu semuanya dari kerajaan iaitu Pas, bukan kepada ADUN BN.

“Kelmarin (semalam) saya bangun (nak ambil bahagian), Tuan Speaker beri kepada (ADUN) Pas. Saya bangun lagi, (speaker) beri (kepada) orang Pas. Berapa orang (ADUN) BN saja (dapat peluang),” ujar Nozula.

Tanpa menghiraukan rayuan itu, Abdullah memberi amaran kepada Nozula, jika dua kali lagi arahannya supaya duduk tidak dihiraukan, beliau akan mengarah Bentara supaya membawanya keluar dari dewan.

Nozula yang kesal dengan arahan itu tetap tidak mahu duduk dan serentak itu juga beberapa bentara DUN menghampirinya.

Dalam nada sedih Nozula berkata, dia akan duduk selepas speaker memberinya peluang berbahas.

Tetapi Abdullah mengarahkan bentara menjalankan tugas membawa keluar Nozula keluar dewan.

Ketika itu juga Nozula menangis dengan suara tersekat-sekat berkata, beliau membawa suara rakyat dan suara mereka perlu dibangkitkan dalam DUN untuk perhatian kerajaan negeri.

“Saya ada rakyat… (rakyat) ada masalah. (Tetapi beliau) tidak boleh nak bawa suara mereka (rakyat).

“Kalau itu tugas speaker, beri arahan kepada saya (keluar dewan), tuhan akan balas…kerana tidak beri peluang kepada saya berucap mewakili rakyat,” kata tersekat-sekat sambil menyeka air mata.

Nozula kemudian dibawa keluar dari dewan oleh beberapa Bentara sambil diiringi beberapa ADUN BN.

DUN Kelantan bagi Bajet 2018 bersidang selama tiga hari bermula 20 November lalu.

Tempoh bersidang yang pendek menimbulkan rasa tidak puas hati ADUN BN selaku pembangkang di negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana