Tiada sokongan rakyat... PAN berkubur selepas PRU14

PAS percaya jangka hayat PAN bakal berakhir selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan parti serpihan itu tidak mendapat sokongan rakyat khususnya di Kelantan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, PAN yang mensasarkan untuk bertanding 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini perlu sedar bahawa mereka bukan sahaja kekurangan calon malah sehingga kini masih tidak berupaya membentuk cawangan di kawasan-kawasan tertentu.

Malah beliau juga percaya, Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR tidak akan memberi kerusi mereka kepada parti kecil seperti PAN dalam pilihan raya akan datang.

“Kita yakin Pakatan Harapan tidak akan beri kerusi pada PAN. Dia (PAN) hendak bertanding kerusi siapa, dan tidak mustahil bakal berlaku perebutan kerusi sesama sendiri selepas ini.

“Jadi PAN perlu sedar dan melupakan niat untuk menggantikan PAS mentadbir Kelantan. PAN hanya menjadi pekakas DAP, ikut apa DAP buat, hendak ganti PAS bagaimana?,” katanya ketika menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu semasa di Kampung Hujung Tanjung Kota Bharu malam Rabu.

Sementara itu, Mohd. Amar  turut membidas Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa berikutan tindakan beliau yang berterusan menyerang parti itu khususnya berkaitan isu Wisma Tok Guru dan Pasar Besar Pasir Puteh.

Katanya yang juga Timbalan Menteri Besar, serangan demi serangan oleh Husam itu dilihat sebagai langkah terdesak untuk meneruskan kesinambungan politiknya yang semakin suram.

“PAS yakin habis PRU-14 ini, kita boleh tengok karier politiknya (Husam) juga bakal berakhir. Apabila sudah terdesak, dia sanggup buat apa sahaja,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana