Tercari-cari Dyana Sofya dan Rara dalam CEC DAP

DAP selesai mengadakan Jawatankuasa Tertinggi Pusat CEC pada kongres khas, Ahad.

Pemilihan semula yang mengekalkan Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng bukannya satu kejayaan kepada DAP.

Apatah lagi hanya 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 perwakilan sahaja yang hadir sekaligus memberi gambaran penentangan terbuka terhadap Dinasti Lim.

Bakinya 1,356 perwakilan tidak hadir sekaligus hampir separuh dewan pemilihan dipenuhi kerusi kosong.

Isu lain adalah apabila hanya Zairil Khir Johari calon yang dipertikai status Melayu menang. Itulah dalam senarai tercorot ahli CEC.

Tujuh lagi calon Melayu seperti ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan bekas senator Dr Ariffin Omar serta Ahmad Ton tewas.

Ternyata, orang Melayu tidak punya tempat terbaik di dalam DAP walaupun parti itu sering melaung-laungkan turut memperjuangan nasib orang Melayu.

Peliknya tidak calon wanita Melayu yang bertanding sedangkan DAP ada Dyana Sofya Mohd Daud dan Syefura Osman atau Rara.

Rara pernah memberitahu media, DAP bukan parti Cina dan ada peluang cerah dengan menyertai parti tersebut.

“Saya rasa DAP lebih terbuka dan stabil berbanding PKR dan PAS, kerana itu saya memilih parti ini, kalau parti yang lain nampak masalahnya namun tidak pada DAP.

“DAP juga banyak memberi peluang, kalau ramai-ramai Melayu masuk DAP mereka akan diberi peluang bersuara dan melontarkan pendapat. Jadi orang kita akan nampak sebenarnya parti ini tidak hanya terlalu fokus kepada kaum Cina saja,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Malangnya baik Rara atau Dyana Sofya, kedua-dua mereka tidak bertanding pada CEC kali ini.

Pelik, menjadi bintang di dalam DAP tetapi kedua-dua mereka tidak diberikan sinar kecuali Dyana Sofya  yang tewas pada PRK Teluk Intan.

Kenapa Dyana Sofya yang berkhidmat dengan Kit Siang dan heboh berkepit dengan Zairil tidak bertanding- atau tidak dibenarkan bertanding?

Adakah Kit Siang khuatir ‘bintang filem Melayu’ parti itu akan dikalahkan sekaligus akan menconteng arang di mukanya?

Hanya mereka yang tahu sebabnya tetapi yang jelas apa yang dikatakan Rara mengenai DAP mengenai peluang orang Melayu di dalam parti itu, hanya indah khabar dari rupa.

Mungkin sebab itu juga, bekas pensyarah dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim tidak bertanding.

Jangan pula kedua-dua mereka bagi alasan baharu sahaja menyertai DAP dan pemilihan CEC itu hanya menggantikan pemilihan 2012.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana