SUBSIDI UNTUK RAKYAT BENDA YANG TIDAK ADA DI NEGARA LAIN.

Beruntunglah kita dilahirkan di Malaysia. Dari dilahirkan hingga dewasa kita menikmati subsidi yang tidak ada dinegara lain. Dikala kita mengeluh kononnya susah dan kononnya Kerajaan kejam tapi kita semua lupa apa yang kerajaan telah berikan kepada kita sebagai rakyat Malaysia.

Rakyat Amerika terpaksa membeli polisi insuran yang sangat tinggi untuk memastikan mereka menikmati perkhidmatan perubatan yang terbaik jika mereka jatuh sakit. Rakyat India sendiri terpaksa membeli ubat ubatan sendiri jika mereka mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Untuk pengetahuan semua ubat ubatan harganya amat tinggi dinegara India. Perkara ini tidak pernah kita semua rasai kerana kita semua hidup dengan subsidi kerajaan.

Bersyukurlah kita semua wahai rakyat Malaysia. Jangan kita khufur nikmat yang diberikan. Jangan asyik mengeluh dan salahkan kerajaan jika kita diuji dengan sedikit kesusahan. Andai kerajaan menarik semua subsidi yang telah diberikan anda rasa bagaimana perbelanjaan harian anda?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana