SIKAP DR. M RISAUKAN RAKYAT

Sikap berdiam diri Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung desakan supaya beliau mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki termasuk oleh anak-anaknya, merisaukan rakyat mengenai komitmen bekas Perdana Menteri itu dalam menghapuskan kronisme sekiranya kembali memimpin negara.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, rakyat pelik bagaimana beliau yang bukan seorang ahli perniagaan berjaya atau memiliki harta yang banyak, manakala anak-anaknya terutama Tan Sri Mokhzani Mahathir pernah disenarai sebagai antara individu terkaya di Malaysia.

Katanya, kerisauan itu bukan sahaja ditegur oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah oleh beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini.

“Beliau hanya seorang Perdana Menteri selama 22 tahun tetapi anaknya boleh menjadi bilionair dan rakyat mahu tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku.

“Sekiranya beliau tidak menjawab sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perkara ini merisaukan rakyat mengenai komitmen beliau dalam menangani amalan kronisme,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa NGO bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengalami sindrom ‘berdiam diri’ setiap kali menerima desakan mengisytiharkan kekayaan beliau dan anak-anaknya.

Tunku Abdul Aziz mengakui agak sukar untuk mendesak Dr. Mahathir mengisytiharkan kekayaan, namun atas rasa tanggungjawabnya sebagai seorang bekas Perdana Menteri beliau perlu berbuat demikian.

“Jika dahulu yang mendesaknya adalah pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kini mereka telah bergabung menjadi satu kumpulan dan tidak lagi mendesak Dr. Mahathir mengisytiharkan kekayaan,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor, Nasiruddin Mohamed berkata, semua pihak jangan berputus asa bagi mendesak Dr. Mahathir memperjelaskan kekayaan beliau dan anak-anaknya kerana bekas Perdana Menteri itu tidak mahu memberi respon dengan harapan isu itu terpadam.

“Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini pernah membangkitkan perkara sama tetapi mengapa Pakatan Harapan yang diketuai DAP kini tidak memperjuangkan perkara ini?” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana