Sidang DUN Perak kecoh macam pasar ikan...Dengan Adanya Pemimpinan DAP Yang Kacau Bilau Ni

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis menjadi riuh macam`pasar borong’ apabila wakil rakyat  pembangkang memperlihat sikap keterlaluan mendesak soalan mereka diberikan perhatian.     

ADUN-ADUN Pakatan Harapan buat bising kerana  tidak puas hati jawapan ADUN Kamunting (anggota Exco) mengenai isu Movie Animation Park Studio (MAPS).

Mereka mendesak diberi jawapan mengenai kos yang dibelanjakan oleh PCB Development SdnBhd (anak syarikat PKNPk)  bagi tujuan  membeli saham Movie Animation Park Studio (MAPS) sehingga boleh menguasai 51 peratus.

``Jawab…jawab…jawab…jawab…itulah laungan bising mereka sehingga berlaku perang mulut dengan beberapa orang wakil kerajaan menyebabkan Speaker Dewan Datuk S. Thangeswary bertindak bijak mengawal keadaan dengan mengarahkan semua mereka duduk.

Kekecohan yang berlaku hampir 20 minit itu bermula apabila wakil rakyat pembangkang Wong Kah Who (DAP-Canning) mendesak Pengerusi  Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid menjawab soalan tambahannya menenai kos yang dibelanjakan PCB Development Sdn Bhd untuk membeli saham MAPS.

Keadaan seterusnya menjadi kecoh apabila Zahir tidak menjawab soalan tambahan itu menyebabkan beberapa wakil pembangkang bangun membuat bising sambil melaungkan ``jawab….jawab….jawab…jawab.''

Tindak mereka itu mendapat tentangan daripada wakil-wakil kerajaan sehinggakan suasana dewan menjadi riuh-rendah macam pasar.

Mohamed Zahir ketika ditanya pemberita pada satu sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan petang tadi menganggap wakil pembangkang memainkan isu itu kerana mereka sudah ketandusan modal apatah lagi ketika pilihanraya umum ke 14 sudah semakin dekat.

Beliau menegur wakil-wakil rakyat pembangkang supaya jangan mensensasikan sesuatu isu walaupun pilihan raya umum semakin hampir.

``Ibarat kata orang tua-tua, simpan sikit bodoh itu, jangan tunjuk semua. Jangan hentam kromo sahaja, sebelum bercakap, kena fakir dahulu kepentingan umum, lebih-lebih yang yang melibatkan audit dan keselamatan.

``Ini bukan cara orang yang boleh diberi kepercayaan untuk menerajui negeri dan negara, mereka bercakap tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat,’’ kata Zahir.

Zahir seterusnya menjelaskan beliau tidak menjawab soalan tambahan itu walaupun didesak oleh wakil pembangkang kerana terikat dengan peraturan Bursa Malaysia.

Menurut beliau, pemegang saham utama MAPS, PCB Development Sdn Bhd adalah anak syarikat Perak Corporation Berhad (PCB) yang tersenarai di Bursa Malaysia dan kerajaan tidak boleh terlibat di dalam keputusan komersial syarikat.

Atas alasan ini, katanya, sebarang pengumuman atau komen tidak boleh dibuat secara sembrono sebaliknya perlu melalui Bursa Malaysia.

``Kita ada undang-undang, ada peraturan Bursa Malaysia, tidak boleh buat kenyataan  sembarangan  kerana ia boleh melibatkan pegangan-pegangan umum dalam syarikat-syarikat awam.

``Dewan bukan platform yang betul untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya, platform yang betul boleh dikemukakan di AGM (mesyuarat agung tahunan) PCB kerana ia melibatkan keputusan komersial dan sebagainya,” jelasnya.

Zahir seterusnya berkata, kerajaan terikat dengan peraturan yang tidak membenarkan sebarang komen, yang  jika dilakukan juga adalah menjadi satu kesalahan bursa.

Beliau berkata, sebagai sebuahkerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri akan sentiasa mematuhi undang- undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Pada sidang media itu juga beliau menafikan dakwaan wakil rakyat pembangkang kononnya hutang MAPS dengan institusi perbankan sebanyak RM1.9 bilion sedangkan dakwaan awal mereka kos taman tema itu RM520 juta.

``Bank manalah yang nak beri pinjaman sehingga RM1.9 bilion untuk pelaburan atau aset RM52 juta, tidak ada bank yang hendak beri...saya tidak tahu mana dia dapat itu,” kata Zahir.

Sementara itu Zahir menjelaskan Kerja-kerja penambahbaikan `Dream Zone’ di MAPS, dijangka  beres penghujung tahun ini.  Pembinaan zon itu sebenarnya telah siap pada hujung Ogos lalu.

Katanya pemilik harta intelek, `Dreamworks’ telah mensyaratkan agar dibuat penambahbaikan audio dan pencahayaan serta semakan tambahan seperti `design dreview, `control review’ dan `structure intergruty review’ ke atas `rides’ di dalam zon tersebut.

“Sehingga kini hanya satu daripada keseluruhan enam zon iaitu `Dream Zone’ yang masih belum dibuka kepada pelanggan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN-Selama) di sidang DUN.

Zahir berkata setakat ini, PCB Development Sdn Bhd (PCB) memegang 51 peratus sahama MAPS manakala bakinya dipegang RSG Maps Sdn. Bhd. (34.7%) dan Ramelle Ashram Ramli (14.3%).

Beliau berkata sejak pembukaan MAPS pada 26 Jun hingga 31 Oktober 2017, jumlah perbelanjaan operasi, tidak termasuk kos pembiayaan dan perbelajaan modal (CAPEX) ialah RM18 juta.

“Ia dibiayai daripada hasil jualan tiket, wang pendahuluan daripada pemegang syer dan geran Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS),” ujarnya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana