Salahkan RoS: Rakyat Sudah Muak Dengan Taktik Lapuk Pembangkang

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamad Aris berkata, tindakan pihak pembangkang yang seolah-olah menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung pendaftaran pakatan harapan dan PPBM sebenarnya sudah pun dijangka.

Katanya, ini merupakan satu taktik biasa yang kerap digunapakai oleh pihak pembangkang, iaitu meletakkan kesalahan mereka kepada pihak lain untuk menyembunyikan kegagalan mereka dalam mentadbir pakatan harapan itu sendiri.

“Kita memang sudah jangkakan dalam isu ini, penyudahnya mesti RoS yang akan dipersalahkan. Ini semua taktik lapuk pembangkang yang sangat mudah untuk kita baca.

“Mereka ini tidak akan sesekali mengakui kelemahan dan kegagalan mereka dalam mentadbir parti mereka sendiri. Apa pun jadi, pihak lain mesti dipersalahkan untuk menutup kelemahan dan kegagalan mereka.

“Kalau dulu, mungkinlah rakyat akan percaya bulat-bulat apa yang mereka katakan itu, tetapi hari ini saya yakin rakyat sendiri sudah muak dengan sikap pembangkang yang asyik menyalahkan pihak lain, terutama UMNO dan kerajaan untuk menutup kegagalan mereka dalam menyelesaikan satu-satu isu,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu menyeru rakyat, khususnya golongan muda agar jangan sesekali memperjudikan masa depan mereka dengan memberikan undi dan kuasa kepada sebuah gabungan parti politik yang bermasalah.

“Asas kepada kestabilan negara adalah kestabilan hubungan, matlamat dan kerjasama antara parti-parti politik yang mentadbir negara itu sendiri.

“Jika gabungan parti politik itu sendiri berada dalam keadaan tidak stabil seperti mana yang berlaku di dalam pakatan harapan hari ini, maka negara juga boleh jadi tidak stabil kerana masalah itu akan menyebabkan ekonomi dan kehidupan rakyat terganggu.

“Ini amat berbeza dengan prestasi kerajaan BN yang sedia ada hari ini. BN mempunyai 13 parti politik dan Alhamdulillah setakat ini, permuafakatan dan kerjasama di antara setiap parti bagi membangunkan sesebuah negara semenjak selepas merdeka tidak pernah goyah.

“Bajet kerajaan 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan bahawa kerajaan hari ini mempunyai misi dan visi yang melangkaui zaman untuk membawa negara ke tahap yang lebih baik menjelang 2050 nanti.

“Saya yakin rakyat dapat melihat perkara ini dan dapat menilai dengan pemikiran yang rasional dan matang, blok gabungan parti politik yang mana satukah sudah terbukti prestasinya dan mampu membawa negara ke tahap yang lebih tinggi pada masa yang akan datang,” tegasnya lagi.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana