RINGGIT TERUSKAN ALIRAN KENAIKAN

Ringgit masih mengekalkan aliran pengukuhannya bersama-sama dengan mata wang negara Asia yang lain, dipengaruhi oleh prospek kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada separuh pertama tahun 2018.

Jika bacaan inflasi pada bulan Oktober kekal melebihi empat peratus seperti yang dijangkakan, ia akan menambah sokongan kepada data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh minggu lalu, demikian menurut agensi berita Bloomberg.

Ekonomi Malaysia sebahagiannya benar-benar membantu keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan pilihan raya lebih awal tahun depan.

Ringgit dan won Korea Selatan hari ini menerajui kenaikan mata wang pasaran sedang pesat membangun apabila ucapan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen mengukuhkan rali aset berisiko.

Sementara itu, saham MSCI EM Asia Index menokok buat hari kedua berturut-turut, manakala bon hampir tidak berubah.

“Mata wang Asia terus kukuh apabila sentimen risiko kekal bertambah baik,” kata Ahli Strategi Mata Wang LGT Bankin Singapore, Roy Yeo.

“Mata wang Asia disokong oleh kelemahan semalam dolar AS dan pendekatan berhati-hati terhadap ucapan Yellen,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana