PUA AMAL ‘ZOMBIENOMICS’ ULAS PASAL ERL...OTAK PEMIMPINAN PH MANA BOLEH PAKAI

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-To membidas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya kerajaan membiarkan Express Rail Link (ERL) musnah dengan menaikkan tambangnya.

Melabel cadangan itu sebagai contoh “zombienomics” Pakatan Harapan, See-To berkata akan terdapat kesan buruk jika ERL ranap dari segi kewangan.

“Sekiranya ERL musnah seperti apa yang dimaksudkan oleh Pua maka (pihak berkepentingan seperti) Tabung Haji akan menanggung kerugian berbilion ringgit manakala bank juga perlu melupuskan pinjaman mereka.

“Kerajaan mesti memikirkan implikasi ini juga – implikasi yang tidak difikirkan oleh Pua apabila dia sering membuat kenyataan seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan pada Rabu lalu mengumumkan bahawa konsesi ERL dilanjutkan selama tiga puluh tahun lagi sebagai membayar ganti rugi kepada syarikat itu selepas permintaan menaikkan tambangnya ditolak sebanyak tiga kali.

Mengulas keputusan itu, Pua berkata kerajaan sepatutnya membenarkan ERL menaikkan tambang dan bukannya ‘menyelamatkan’ konsesi itu dengan kontrak lanjutan selama 30 tahun.

See-To berkata kerajaan perlu membayar RM2.9 bilion kepada ERL jika konsesi syarikat itu tidak dilanjutkan.

“Kerajaan mungkin memutuskan bahawa membayar jumlah itu sekarang bukan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana