Peneroka harus terbuka terima perubahan, transformasi FELDA

Peneroka harus berfikiran terbuka terhadap perubahan dan mula berfikir bagaimana berusaha membangunkan sektor perkhidmatan di tanah rancangan FELDA.

Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, langkah mentransformasikan tanah rancangan amat penting kepada generasi kedua dan ketiga yang tinggal di luar untuk kembali semula ke tempat asal mereka.

Justeru itu, katanya FELDA mahu tanah rancangannya ditransformasikan sebagai bandar pintar menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menurut Shahrir, transformasi bukan hanya membabitkan pembangunan di tanah rancangan, malah turut fokus kepada aspek sosiologi iaitu membentuk komuniti pintar dalam kalangan peneroka.

Beliau berkata, pada peringkat awal, FELDA sedang membangunkan Tanah Rancangan Lurah Bilut di Bentong, Pahang sebagai sebuah bandar pintar yang dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada awal tahun depan.

“Menerusi FELDA 2.0, Lurah Bilut adalah projek perintis bandar dan komuniti pintar FELDA. Kawasan ini bakal dilengkapi pelbagai infrastruktur seperti capaian internet berkelajuan 4G (Generasi Keempat) dan jalur lebar gentian optik.

“Selain itu, kelestarian alam sekitar di tanah rancangan FELDA seperti Lurah Bilut diberi tumpuan supaya dapat dikembangkan sebagai lokasi agro pelancongan untuk menarik orang luar datang dan berbelanja, sekali gus membantu menjana pendapatan peneroka.

“Kita bukan berhasrat untuk mengubah tanah rancangan menjadi bandar, cuma mahu mewujudkan satu ekosistem holistik dan selesa kepada setiap peneroka supaya mereka mempunyai sumber pendapatan lain,” katanya.

Menurut beliau, selepas Lurah Bilut, inisiatif bandar pintar dan komuniti pintar ini akan diperluaskan ke tiga lagi tanah rancangan.

Shahrir berkata demikian ketika menjadi ahli panel sesi dialog TN50X: Muafakat Aspirasi Generasi Baharu FELDA yang dihadiri lebih 500 belia FELDA di Menara Felda, di ibu negara, Selasa.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bertindak sebagai moderator sesi berkenaan.

Shahrir berkata, transformasi tanah rancangan itu dibuat berdasarkan perubahan landskap ekonomi negara daripada pertanian kepada perkhidmatan.

Usaha FELDA mengangkat golongan luar nandar menjadikannya organisasi paling berjaya dan mendapat pengiktirafan negara luar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana