Pemilik kereta boleh didenda, penjara jika pajak tanpa kebenaran bank

KUALA LUMPUR: Pemilik yang memajak kereta kepada pihak ketiga tanpa persetujuan bank boleh didenda atau dipenjarakan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan memajak dan menyerahkan kereta kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang bagi membayar pinjaman, melanggar Akta Sewa Beli 1967.

“Kes-kes sambung bayar dan juga pajakan kereta sebenarnya melanggar peruntukan Akta Sewa Beli yang mana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang memintanya menjelaskan skim penipuan sambung bayar kenderaan.

Jika pemilik asal didapati bersalah menjual kenderaan ketika perjanjian sewa beli masih berkuatkuasa, mereka boleh didenda sehingga RM30,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967.

Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri tahu mengenai kes sambung bayar dan pajakan kereta membabitkan pemilik tidak berkemampuan membayar ansuran bulanan kepada bank.

“Masalah berlaku apabila kereta yang dijual secara sambung bayar atau pajakan ini tidak dibayar sewa bulanan kepada bank, sekaligus menyebabkan penama kenderaan disenarai hitam.

“Kes-kes ini tidak boleh dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana tidak memenuhi elemen kesalahan mencuri seperti dikatakan dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan.

“Namun, dalam siasatan dijalankan polis, jika terdapat unsur penipuan, polis akan siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana