PAS sindir Pakatan...tak cerdik undi tolak Bajet tapi ambil peruntukan

PAS tidak menafikan adanya kebaikan dalam peruntukan Bajet 2018 yang akan turut digunakan oleh wakil rakyat pembangkang.

Berdasarkan itu, PAS menyifatkan keputusan Pakatan Harapan mengundi menolak Bajet 2018 merupakan tindakan tidak cerdik.

"Tapi nampak sedikit tak cerdik bila kita undi tolak bajet sedangkan pelbagai peruntukan yang diumumkan dalam bajet kita ambil juga," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Azman Ibrahim yang dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, PAS berkecuali semasa pengundian Bajet 2018 Isnin lalu, dengan menegaskan kedudukan mereka sebagai pihak minoriti tidak akan mengubah apa-apa keadaan.

Jelas beliau, Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bulan lalu pastinya mendapat sokongan penuh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

“Kita tahu BN memiliki majoriti dalam Parlimen. Semua ahli parlimen BN wajib akan undi sokong untuk Bajet 2018 diluluskan,” kata Azman.

Menerusi Bajet 2018 juga, PAS tidak menafikan adanya kebaikan dalam peruntukan tahun depan itu yang akan turut digunakan oleh wakil rakyat pembangkang.

"Tapi nampak sedikit tak cerdik bila kita undi tolak bajet sedangkan pelbagai peruntukan yang diumumkan dalam bajet kita ambil juga.

"Nak tolak, tak dinafikan dalam bajet tersebut ada yang baik dan bermanfaat kepada rakyat.

"Nak sokong, ada juga dalam bajet itu yang tak baik untuk rakyat dan negara," katanya.

Untuk rekod seramai 11 daripada 14 ahli Parlimen PAS memilih tidak mengundi untuk Bajet 2018 pada Isnin lalu.

Hanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sahaja mengundi untuk membantah Bajet 2018.

Manakala Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli tidak hadir ke sesi berkenaan.

Tindakan ahli parlimen PAS itu dikritik ahli-ahli parlimen pembangkang yang lain dengan mendakwa ia berkaitan dengan BN.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dr Idris Ahmad bagaimanapun mempertahankan tindakan itu dengan berkata ia bukan sesuatu yang ganjil, malah sikap itu pernah ditunjukkan ahli parlimen pembangkang yang lain ketika Dewan Rakyat megundi untuk menghapuskan kekebalan raja-raja ketika krisis perlembagaan 1993.

Idris memuat naik senarai nama 23 wakil rakyat termasuk daripada PAS dan DAP yang berkecuali.

Bajet 2018 berjumlah RM280.25 bilion pada Isnin lalu mendapat sokongan 107 ahli parlimen BN.

Bilangan keseluruhan ahli parlimen pembangkang menolak Bajet 2018 adalah seramai 59 orang.

“Renung fikir dengan fakta. Saya salin daripada handsard Parlimen. Simpan sikit nafsu yang hendak marah kepada PAS. PAS tenang dan rileks saja,” kata Idris yang juga Naib Presiden PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana