Orientalis gelar orang Islam lawan penjajah lanun Bugis... -Haji Hadi

Tun Mahathir Mohamad sekali lagi dikecam oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengaitkan keturunan Bugis sebagai lanun baru-baru ini.

Haji Hadi menjelaskan, kenyataan Mahathir itu menunjukkan bekas Perdana Menteri itu terikut-ikut menggunakan istilah yang dipopularkan oleh orientalis Barat terhadap orang Islam yang menentang penjajah.

Selain itu, katanya, bekas pemimpin yang pernah menuduh PAS lebih bahaya daripada komunis itu juga disifatkan sebagai mudah lupa dengan kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini.

“Kedatangan penjajah Barat ditentang oleh semua penduduk dunia. Malangnya mereka melabelkan pula perjuangan menentang penjajahan yang zalim itu dengan jenama pemberontak, lanun, penderhaka dan sebutan yang jelik.

“Malangnya masih terdapat kalangan penganut Islam terikut-ikut menggunakan istilah lanun yang dipopularkan oleh orientalis terhadap bangsa Islam yang menentang penjajah, termasuk kenyataan mereka menyebut bahawa Pas yang menegakkan Islam lebih bahaya daripada komunis.

"Hanya Melayu yang mudah lupa sahaja yang melupai kenyataan ini,” katanya menerusi kenyataan dalam organ PAS Harakahdaily.

Walaupun tidak menyebut nama Mahathir, kenyataan itu jelas merujuk kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mahathir yang didakwa telah menghina keturunan Bugis ketika berucap pada perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP bulan lalu.

Haji Hadi berkata, penulisan orientalis Barat juga menutup kejahatan mereka yang menentang Islam sehingga melakukan konsep jajahan dengan penaklukan secara paksaan, perhambaan dan merompak hasil negara yang dijajah.

“Pendekatannya sangat berbeza dengan kedatangan Islam yang menjadi penyelamat bersama konsep adil dan rahmat,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana