Nampak Tak Pemimpinan Kerajaan Malaysia!!!! Bukti kerajaan Malaysia bela nasib nelayan - NEKMAT

Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyambut baik persetujuan di antara pemimpin Malaysia dan Indonesia untuk membebaskan nelayan yang ditahan di kedua-dua negara berkenaan.

Pengerusi NEKMAT, Ahmad Rudi Hussain berkata, keputusan membebaskan nelayan yang berada di dalam tahanan secepat mungkin boleh memberi peluang kepada nelayan terbabit untuk kembali mencari rezeki.

"Berita sebegini membuktikan kerajaan Malaysia sentiasa membela nasib golongan nelayan yang rata-ratanya berasal daripada golongan berpendapatan rendah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, NEKMAT yang mewakili seluruh nelayan di Semenanjung Malaysia akan sentiada berkerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk terus membela nasib nelayan di negara ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Majlis Perundingan Tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia di Kuching, Sarawak telah mencapai kata sepakat untuk membebaskan nelayan yang ditahan di kedua-dua negara berkenaan.

Susulan itu, MOA akan mengambil langkah segera susulan persetujuan di antara kedua buah negara itu agar mereka dapat meneruskan penghidupan di tanah air masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,  pihaknya akan melakukan tindakan susulan sekaligus merealisasikan hasrat kedua-dua pemimpin itu.

"Kementerian akan segera mengenal pasti nelayan yang terlibat dan akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan soal tersebut kerana ia berkaitan soal keselamatan dan undang-undang di kedua-dua negara.

"Kita anggarkan seramai 16 nelayan Malaysia telah ditahan di Indonesia manakala kira-kira 100 nelayan Indonesia ditahan di negara ini buat masa ini,'' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana