NAK URUSKAN PARTI SENDIRI PUN HURU-HARA, ADA HATI NAK ‘SELAMATKAN MALAYSIA’

“Cawangan berterabur, Bahagian pun entah wujud entah tidak, mahu uruskan parti sendiri pun kelam-kabut, ada hati kononnya nak selamat Malaysia. Jangan pula lepas ini mereka tuduh kononnya UMNO yang pengaruhi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sengaja melambat-lambatkan pendaftaran Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula. Jangan salahkan pihak lain sebab kelemahan dan kegagalan sendiri,” demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Kata Ismail, kekalutan di dalam PPBM itu cukup jelas menggambarkan bahawa parti tersebut merupakan sebuah parti yang amat lemah dari segi akar umbinya, ekoran kepimpinan parti itu yang lemah dan lebih mementingkan agenda politik peribadi tersendiri.

“PPBM ini pun hanya bergantung harap pada populariti Dr Mahathir Mohamad saja. Pemimpin lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebenarnya tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi. Lebih malang lagi, apabila pemimpin utama mereka itu lebih mementingkan agenda politik peribadi mereka berbanding kepentingan ahli-ahli dan agenda perjuangan PPBM itu sendiri.

“Daripada maklumat dalaman ahli PPBM sendiri, dengarnya Dr Mahathir sendiri pun tidak ambil tahu pergolakan yang berlaku di dalam PPBM, manakala Mukhriz dan Muhyiddin pula sibuk mengatur orang-orang mereka untuk menjadi Ketua Bahagian penaja di peringkat bahagian.

“Jadi ekoran itu berlakulah episod cantas-mencantas di dalam PPBM sehingga menyebabkan beberapa bahagian dan negeri PPBM yang akhirnya dibubarkan. Ini baru peringkat penaja, sudah begitu dahsyat gerakan cantas mencantas demi kepentingan agenda politik masing-masing.

“Sebab itu saya berkeyakinan, PPBM takkan kekal lama kerana ia ditubuhkan untuk agenda politik peribadi pemimpin tertentu sahaja, bukan kerana matlamat perjuangan yang sebenar,” tegasnya kepada UMNO-Online.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana