NAJIB BERPOLITIK MATANG, TERAJU NEGARA KE ARAH KECEMERLANGAN

Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat ‘musuh’ politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di HKL Jumaat lalu membuktikan pemimpin negara itu seorang yang mengamalkan politik matang dan bukan politik kebencian.

Inilah contoh pemimpin yang berjiwa besar, walaupun Anwar adalah musuh Barisan Nasional (BN), lawatan itu menunjukkan Perdana Menteri kita sangat gentlemen.

Lawatan atas dasar prinsip dan ukhuwah sesama Islam sekali gus menunjukkan betapa hebatnya politik yang diamalkan Perdana Menteri.

Bukan seperti sikap sikap pembangkang yang hanya pandai bermain politik kebencian dengan memburuk-burukkan kepemimpinan kerajaan tetapi gagal mengemukakan sebarang agenda pembangunan atau transformasi buat negara.

Malah lebih malang lagi, mereka ini walaupun sedar budaya politik kebencian tidak akan membawa Malaysia menuju kejayaan, pembangkang tetap memilih jalan tersebut kerana memburuk-burukkan pihak lawan adalah kerja paling mudah walaupun tindakan itu mendatangkan dosa.

Ini sama sekali amat berbeza dengan pendekatan yang diamalkan BN yang ditunjangi UMNO, selain mempunyai trek rekod cemerlang, BN berjaya membuktikan keberkesanan pentadbirannya melalui pelan transformasi dan dasar yang dirancang hingga meletakkan negara pada kedudukan hari ini.

Tindakan memburukkan orang lain memang kerja mudah, cetuslah apa jua serangan, namun usaha itu yang pastinya tidak membawa kita kepada kejayaan.

Jelas dan nyata, walaupun kerajaan BN yang dikemudikan oleh Najib terus menerima serangan demi serangan sepanjang menjawat jawatan perdana menteri, namun beliau terus merubah negara dan membawa agenda yang lebih baik dan sempurna untuk negara.

Cuba kita lihat kembali sejarah yang tidak pernah menipu kita, hanya kerajaan BN yang mampu membawa semua kaum termasuk minoriti ke tahap lebih tinggi dengan menyediakan platform bersesuaian buat keperluan mereka.

Malah kita dapat lihat hari ini, serangan demi serangan yang dilontarkan kepada Najib sedikitpun tidak menggoyahkan beliau dari tampul pemerintahan.

Kerana kerajaan sedia ada sudah berjanji akan membawa perubahan lebih besar bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara tanpa menghiraukan kerenah pembangkang yang berterusan memburukkan kerajaan pimpinan Najib.

Perlu diingat, hanya kerajaan BN sahajalah yang boleh diharap untuk mempertahankan maruah dan masa depan negara ini kerana sudah terbukti keberhasilannya dalam mentadbir negara.

Kerajaan BN terbukti sebagai kerajaan terbaik dalam membangunkan negara dan membantu rakyat apabila melaksanakan pelbagai program kepada rakyat serta mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik.

Malah Malaysia mencatat pertumbuhan 6.2 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga tahun ini, dengan pencapaian itu membuktikan pengurusan ekonomi negara berada di landasan yang betul.

Pencapaian itu menjadikan Malaysia antara negara yang merekodkan pertumbuhan ekonomi yang tertinggi di dunia pada tahun ini.

Inilah hasil perjuangan kerajaan BN selama ini dan bukannya seperti perjuangan pemimpin pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata dan berjanji kosong demi kepentingan peribadi yang ternyata tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Malah sikap pemimpin pembangkang yang sanggup memburukkan nama negara kepada dunia sebelum ini hanya menjejaskan imej negara dan boleh membawa kepada campur tangan asing di dalam negara.

Adakah pemimpin seperti pembangkang yang kita harapkan untuk mentadbir negara, jawapannya sudah pasti tidak sama sekali.

Untuk itu, dalam pilihan raya umum akan datang, apa yang penting ialah memastikan kemenangan BN untuk terus meneraju negara agar kecemerlangan ini akan terus berterusan untuk generasi akan datang!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana