Mustahil untuk Malaysia kawal harga minyak dunia

Isu yang sering diperkatakan oleh rakyat Malaysia setiap hari Rabu ialah berkaitan harga minyak.

Mustahil bagi Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak yang kerdil dan kecil ini, boleh menentukan pasaran harga minyak dunia.

Ketua Penerangan Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) Sesi 7, Nik Muhammad Syukri Samudi berkata apa juga keadaan yang berlaku terhadap harga minyak, sama ada naik atau turun, ia tetap mendatangkan ketidakpuasanhati rakyat Malaysia.

"Kenaikan harga minyak mungkin dianggap sebagai berita baik bagi pengusaha stesen minyak, namun tidak bagi rakyat Malaysia di negara ini.

"Penurunan harga minyak pula mungkin dianggap sebagai berita baik bagi rakyat Malaysia, namun tidak bagi pengusaha stesen minyak di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Nik Muhammad Syukri dua situasi tersebut jika difikirkan dan diperdebatkan, memang tidak akan dapat jalan penyelesaian dan akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi tempat tohmahan dan dipersalahkan ekoran kenaikan harga minyak.

"Ada yang kata, kerajaan harus memberikan subsidi ke atas petrol agar rakyat tidak merasa bebanannya. Inilah saja jalan penyelesaiannya.

"Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli juga meminta agar kerajaan menanggung subsidi minyak petrol RON95 sebanyak RM0.20 seliter demi kesejahteraan rakyat.

"Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia menggunakan 27 billion liter minyak petrol setahun?," katanya.

Ujarnya, jika kerajaan mempertimbangkan permintaan Naib Presiden PKR, maka sebanyak RM5.4 bilion terpaksa ditanggung oleh kerajaan menerusi pemberian subsidi ke atas minyak petrol.

"Apa yang rakyat Malaysia boleh dapat jika RM5.4 bilion tersebut digunakan untuk tujuan yang lebih memberikan manfaat dan bersasar?," katanya.

Beliau turut berharap agar rakyat tidak tertipu dan terlupa bahawa dalam Bajet Alternatif Harapan 2018, subsidi minyak hanya untuk pemilik motorsikal dan kereta di bawah 1,000cc saja dan bukannya untuk semua orang.

"Diulang...subsidi minyak hanya untuk pemilik motorsikal dan kereta di bawah 1,000cc sahaja," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana