Mahathir Tidak Kisah PPBM Dibubar Tapi Tidak Muhyiddin

Lebih setahun yang lalu, bagi kalangan mereka yang menjadi petualang di dalam UMNO, mereka cukup gembira apabila Tan Sri Muhyiddin Yasin akhirnya berjaya menubuhkan sebuah parti baru yang diberi nama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Pada hari perlancaran parti berkenaan, Muhyiddin mendakwa PPBM akan menggantikan UMNO yang telah rosak teruk sepanjang pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Setelah ramai dikalangan pemimpin awal parti ini bertindak meninggalkan parti, muncul pula berita yang memungkinkan PPBM yang baru sahaja berusia setahun ini bakal diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ini kerana, Armada PPBM bukanlah sebuah sayap yang diiktiraf selain kegagalan PPBM mengadakan Mesyuarat Agung parti ini mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh ROS.

Melihat kepada keadaan ini, timbul persoalan, adakah Pengerusi PPBM, tun Dr Mahathir mengizinkan tindakan ini berlaku? Bagaimana pula reaksi Muhyiddin setelah melihat parti yang diketuainya ini bakal berhadapan dengan pengharaman disebabkan kelekaannya yang mahu menjahanamkan UMNO?

Sebenarnya, sejak dari awal lagi, Mahathir tidak pernah sekalipun berkenan dengan penubuhan PPBM. Di awal penubuhan parti berkenaan, hanya Muhyiddin sahaja yang dilihat berusaha keras bagi memastikan parti berkenaan didaftarkan. Penglibatan Mahathir pula hanya setelah sebulan PPBM sah ditubuhkan dan sejak itu, Mahathir membawa PPBM mengikut acuannya sendiri.

Muhyiddin pula, selain daripada tidak ddisenangi oleh orang yang rapat dengan Mahathir, penglibatannya di dalam parti ini juga agak terbatas. Dalam kebanyakan majlis, hanya Mahathir sahaja yang dilihat muncul dan menjadi sanjungan rakan mereka di dalam Pakatan Harapan. Manakala Muhyiddin pula semakin hari semakin dipinggirkan.

Tambahan pula, Mahathir sejak dari awal lagi lebih berminat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kuasa di dalam UMNO dan bukannya mahu menggantikan UMNO. Impiannya hanyalah satu untuk memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Presiden UMNO di mana Mahathir sendiri yakin, adalah sesuatu perkara yang mustahil untuk menumbangkan UMNO menerusi Pakatan Harapan.

Dalam keadaan ini, nampaknya nasib PPBM jelas berada dihujung tanduk. Kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu sendiri tidak sehaluan dalam menentukan hala tuju PPBM. Di pihak Mahathir, cukup untuknya memastikan PKR, PAN dan DAP berada dilaluan yang betul untuk menjahanamkan UMNO dan BN. Namun bagi Muhyiddin pula, sudah tentu dia tidak sanggup melihat PPBM berkubur sebelum tiba waktunya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana