#Mahathir Sibuk Burukkan #Najib, Parti Sendiri Berterabur Sehingga Nak Diharamkan

Parti #PPBM yang Mahathir tubuhkan, berhadapan risiko diharamkan Pendaftar Pertubuhan berikutan tidak mengadakan mesyuarat tahunan selepas setahun ditubuhkan. Buat mesyuarat lepas setahun ni perkara asas kot, itu pun Mahathir boleh terlepas ke?

Selain itu, ada juga isu sayap parti Armada dan Srikandi yang tidak disebut langsung dalam perlembagaan parti tapi nama itu digunakan sewenang-wenangnya seolah sayap rasmi.

Mahathir sendiri mengakui pengurusan parti itu berterabur dengan banyak cawangan dan bahagian tidak mengadakan mesyuarat seperti mana sepatutnya. Mahathir terlalu sibuk memfitnah Najib sana sini sehingga perkara berkaitan pengurusan parti baru setahun jagung itu, diabaikan.

Ini adalah suatu perkara yang memalukan untuk bekas Presiden UMNO selama 22 tahun. Entah macam mana dia jadi Presiden UMNO dulu bila parti sendiri pun tak tahu macam mana nak urus. Tapi nak hairan apa, UMNO lama diharamkan dibawah dia.

Atau PPBM memang takde orang, harap gah dengan propaganda saja tapi habuk pun takde.

Sekiranya PPBM benar-benar diharamkan akibat kecuaian dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan, ia akan jadi parti kedua yang melingkup di bawah Mahathir selepas UMNO lama.

Ironi kan? Dia nak lingkupkan #UMNO, parti dia melingkup dulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana