Mahathir Dan Muyiddin- Pengkhianatan Terhadap Bangsa Atas Nama Politik

Satu ketika dahulu, ketika zaman memegang tampuk kegemilangan dalam politik Negara , Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar walaupun menghadapi saman beratus juta ringgit malah akan menentang habis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu.

Dalam memperkatakan  urusan masa depan orang Melayu belum lagi selesai dan beliau tidak boleh menerima masa depan bangsanya dipertaruhkan semata-mata kerana nafsu serakah politik pihak tertentu.

Bahaya kini berlegar-legar sebelum menimpa bangsa Melayu yang mana bangsa ini sedang digunakan oleh pihak lain untuk menjatuhkan dan merebahkan Melayu Islam atas dasar politik  yang amat menjijikkan.

Sekarang rakyat sedang  menyanggah keras sikap pihak DAP Chauvanis  yang menjaja cerita di seluruh negara kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mampu lagi membela  kaum atau bangsa Melayu dan ianya sedang dipindahkan agenda bangsa Melayu kepada DAP.

Semakin hari , setelah bersama DAP , Mahathir , Muhyiddin  dan beberapa pemimpin  Melayu yang mana satu ketika dahulu dikatakan sebagai pemimpin yang membela nasib bangsa Melayu sedang memijak dan menjual bangsa sendiri atas nama kepentingan politik.

Mereka ini sekarang sudah tidak lagi  berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain dan kepentingan DAP yang mana mereka rasakan sebuah parti yang akan memberikan cahaya kepada Melayu.

Mereka kini telah dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu  dan sedang  berkompromi terlalu banyak bersama DAP atas dasar perjuangan peribadi sehingga tidak berani untuk menyuarakan pendapat  waima dalam mempertahankan kedaulatan Islam sekali pun.

Betul atau tidak perjuangan mereka ini dilihat dari cara mereka memastikan Melayu Islam itu berada ditempatnya, tetapi apa yang dilihat penindasan terhadap Melayu dilakukan oleh DAP tanpa satu pun kenyataan tentangan dari Mahathir atau Muhyiddin.

Justeru itu  selagi UMNO dan BN mentadbir negara,Penindasan terhadap Melayu Islam ini  ia tidak akan berlaku dan akan terus dipertahankan sehingga kekukuhan agenda Melayu it uterus berada ditempat yang sepatutnya.

Sekarang ini ada Melayu tidak mahu menolong Melayu tetapi mengkhianati Melayu, pengkhianatan ini bukan sahaja berlaku diperingkat bawahan malah dengan propaganda yang dilakukan oleh DAP  ianya sedang menular diserata Malaysia dan ianya perlu disekat.

Kedudukan orang Melayu terbit daripada keikhlasan dalam diri kita sendiri dan bukan kenyataan bagi meraih simpati politik. Sikap jatidiri yang tebal dan kukuh itu sahaja yang akan memastikan  bangsa Melayu dan Agama Islam  terus terbela dan tidak akan berlaku pencabulan kedaulatannya  sejak dua buah negeri diperintah oleh  DAP.

UMNO memberikan perhatian kepada orang Melayu di semua peringkat termasuk golongan usahawan dan sentiasa berusaha memastikan kelompok itu terselamat apabila ekonomi mula merudum. Pelbagai inisiatif diberikan di salurkan bagi memastikan gerakan ekonomi orang Melayu tidak tersadai.

Rakyat harus menilai dan berfikir apakah UMNO dan BN akan mencabuli Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya diwujudkan atas dasar persefahaman dan muafakat bersama. Sesungguhnya perkara ini tidak akan berlaku selagi UMNO / Barisan Nasional terus menerajui Negara.

Propaganda yang dilakukan untuk  menjahanamkan pemikiran  serta memburukkan kerajaan wujud daripada benih-benih kebencian yang ditanamkan pembangkang. Berbagai fitnah dilontarkan kedalam minda rakyat dan diserapkan bertubi tubi agar ianya menjadi barah.

Barah ini lah yang akan menular disegenap ruang dan bahagian  untuk melakukan penentangan senyap dan terbuka terhadap kerajaan. Namun demikian , sesungguhnya Melayu masih ada lagi yang mempertahankan dari serangan dua cabang ini iaitu dari puak Chauvanis dan  orang Melayu sendiri.

Orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka kepada bangsanya sendiri.

Adalah sesuatu yang malang kerana orang Melayu terpaksa berhadapan dengan individu dalam kalangan mereka sendiri yang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan cita-cita mereka tercapai. Kelompok seumpama itu sudah tidak lagi memikirkan kesannya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam.

Mereka akan menggadaikan apa sahaja dan sesiapa juga yang cuba mempertahankan ketuanan atau keistimewaan Melayu akan dianggap rasis. Segala-galanya kerana mereka ingin merebut kuasa politik dan mencari pengaruh daripada kaum lain.

Kegelojohan dan kerakusan ini akhirnya akan memberikan kesan yang amat buruk kepada orang Melayu dan akhirnya Melayu hanya tinggal nama dan sejarah yang dipadamkan.

Dengan demkian, seharusnya orang Melayu terus mempertahankan Melayu Islam dari pengkhianatan yang dilakukan oleh bangsa sendiri yang hanya melihat politik itu sebagai perjuangan utama dan bukannya  perjuangan untuk Melayu Islam  dan Negara.

 pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana