Madey Tak Layak Bercakap Soal Kleptokrasi

CUBAAN Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan isu kleptokrasi sebagai usaha untuk merosakkan kewibawaan dan kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memberi kesan buruk kepada beliau sendiri.

Ramai pihak mempertikaikan ‘Taubat’ Mahathir dengan menyertai pakatan pembangkang. Ianya disifatkan sekadar sandiwara semata-mata. Tindakan tersebut tidak menghapuskan kesalahan lampaunya selama 22 tahun.

Hayat Mahathir dalam politik turut dilihat bagaikan telur dihujung tanduk memandangkan beliau terpalit dengan skandal kewangan dan amalan kronisme menerusi kepimpinan ‘kuku besi’ selama 22 tahun.

Beliau masih mempunyai ‘hutang’ dengan 106 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diberkas ketika zaman pemerintahannya. Penasihat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong, yang ditahan dua kali menerusi ISA, iaitu pada 1987 dan 1996, berkata keputusan Mahathir beralih arah ke pakatan pembangkang adalah hanya bermotifkan dendam terhadap Datuk Seri Najib.

Tindakan Perdana Menteri yang memilih untuk mendahulukan rakyat daripada mengikut telunjuk Mahathir yang mahu kepentingan peribadi beliau diutamakan dikatakan antara penyebab Mahathir berpatah arang berkerat rotan dengan Datuk Seri Najib.

Suami Siti Hasmah itu jelas tidak pernah menyesali perbuatannya memanipulasi ISA dengan menahan 106 orang demi kepentingan peribadi dalam dunia politik.

Malah tindakan Mahathir yang hanya tahu jawab ‘eh, saya tak ingatlah apa yang terjadi’ menjadi bahan jenaka ramai pihak kerana mereka tahu bahawa jawapan Mahathir tersebut hanya berniat jahat untuk menipu salahlaku selama 22 tahun.

Forum anjuran SUARAM di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur itu turut dibarisi tiga pembahas lain yang juga bekas tahanan ISA, iaitu Dr Nasir Hashim; Irene Xavier dan Lim Chin Chin.

Menurut Kia Soong lagi, Mahathir tidak layak menggunakan perkataan ‘kleptokrasi’ ketika berkempen untuk meraih undi kerana beliau disifatkan ‘kepala lanun’ selama 22 tahun menerajui negara.

“Beliau sudah ‘sapu licin’ Malaysia sampai kering, kemudian sibuk menuduh orang lain sebagai pemimpin yang mengamalkan ‘kleptokrasi’,” kata Kia Soong.

Memetik artikel BH, Irene yang juga bekas tahanan ISA pada 1987 mendedahkan dirinya dipukul oleh pegawai penyiasat kerana didakwa menipu ketika memberikan pengakuan.

Beliau berkata, tindakan agresif itu dilakukan ketika berada di kem tahanan Kamunting kerana didakwa mempunyai kepercayaan komunis yang menebal.

“Sehingga kini saya dibelenggu kisah silam sepanjang berada dalam tahanan ISA, malah sukar untuk gambarkan apa yang dilalui selama 60 hari itu,” katanya.

Hashim yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula berkata, penahanannya menerusi ISA adalah mangsa manipulasi politik yang didalangi Dr Mahathir. Katanya, keadaan sel tahanan berasingan di kem Kamunting direka untuk menyeksa banduan, berbanding melaksanakan program pemuliharaan.

“Dalam sel tahanan tiada langsung lubang pengaliran udara sampai saya rasa sesak nafas. Itu betapa teruknya keadaan di sana (Kamunting),” katanya.

Chin Chin yang turut berkongsi kisahnya ketika menjadi tahanan ISA, berkata peluang untuk bertemu dengan keluarga hanya sekali, malah berlangsung untuk tempoh 10 minit.

Pertemuan itu, katanya, seolah-olah hanya peluang untuk mengucapkan ‘hello’ dan ‘bye’ kepada ahli keluarga yang datang menziarah, sebelum diarahkan kembali ke sel tahanan.

“Pada mulanya saya ditahan 60 hari sebelum Dr Mahathir lanjutkan tempohnya kepada tiga tahun. Semua 106 mangsa ISA ketika itu ibarat ‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah’,” katanya.

Kesimpulannya sudah tentu Mahathir tidak layak bercakap soal kleptokrasi.

– pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana