LARANGAN BERGAMBAR DI DUA MASJID SUCI HANYA BERLANDASKAN ALIRAN WAHABI – ISMA

Tidak wajar jika larangan untuk bergambar dan mengambil video di dua masjid suci umat Islam di Makkah dan Madinah dilaksanakan hanya berlandaskan aliran yang diikuti masyarakat Arab Saudi semata-mata.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata bukan semua masyarakat mengikuti aliran wahabi, yang merupakan dominan di Arab Saudi.

Aliran wahabi diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi sekitar tahun 1701 dan popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

“Memang mazhab Wahabi di Saudi ini memang larang bergambar, maksudnya mazhab yang tidak terbuka. Tidak keras. Memang lama dia dah larang bergambar ini, haram bergambar.

“Jadi saya rasa itu satu penguatkuasaan yang isu lama. Cuma bagi saya bergambar tidak menjadi halangan dari sudut syarak. Tidak ada masalah syarie bagi kita dalam konteks bergambar.

“Kecuali kalau dia ada sebab-sebab lain yang menyentuh aspek keselamatan dan sebagainya itu alasan lain lah. Tetapi kalau semata-mata kerana bergambar itu tidak diharuskan atau pun haram itu mazhab mereka sahaja. Tidak melibatkan mazhab lain yang melihat ataupun pandangan bahawa bergambar itu tidak bercanggah dengan Islam,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Mengambil contoh larangan dibuat Rasulullah SAW suatu ketika dahulu, yang melarang melukis gambar di kawasan ibadah kerana dikhuatiri dijadikan sembahan berbeza konteksnya jika dibandingkan dengan masyarakat sekarang.

“Bagi saya, sama. Pandangan saya pun sama. Saya tidak menganggap bergambar itu sesuatu yang haram sebab larangan bergambar di dalam hadis adalah berasaskan kepada sebab. Kerana takut berlaku penyembahan.

“Oleh kerana umat Islam pada masa itu dekat dengan penyembahan berhala, jadi Rasulullah menghalang melukiskan gambar kerana takut nanti diambil dan dijadikan sembahan pada masa akan datang.

“Tetapi realitinya hari ini orang tidak menjadikan. Orang dah faham Islam, dah faham agama dan jauh sekali masyarakat Islam akan mengambil gambar sebagai sembahan. Jadi untuk menganggap bahawa bergambar itu satu kesalahan dengan agama bagi saya tidaklah. Saya tidak berpendapat begitu,” tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata satu peraturan dan syarat yang jelas perlu dikeluarkan jika benar larangan berkenaan dibuat atas alasan mengganggu keselamatan jemaah di kawasan suci berkenaan.

“Bagi saya, kalau dia ada alasan-alasan lain. Dia perlu buat peraturan dan syarat. Tak perlu nak haramkan secara total. Katakan bergambar itu menganggu orang beribadat ke ataupun ada masalah keselamatan bila orang bergambar di tempat sensitif ke. Jadi mereka boleh meletakkan syarat-syarat dan peraturan tetapi tidak wajar bagi saya mengharamkan bergambar,” ujarnya lagi.

Jumaat lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan rasmi melarang pengunjung mengambil gambar dan merakam video di dua masjid suci umat Islam di Makkah dan Madinah.

Menurut pengarah direktorat akhbar dan informasi Saudi, larangan yang dikenakan ke atas pengunjung Masjidil Haram dan Masjid Nabawi itu diputuskan oleh kementerian luar Saudi pada 12 November lalu.

Larangan itu terpakai tanpa mengira matlamat pengunjung termasuk wakil media. Ia dikenakan untuk melindungi dan memelihara tempat suci itu, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Larangan itu juga terpakai di kawasan sekitar kedua-dua masjid tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana