Lagak Guan Eng Kini Tidak Ubah Seperti ‘Melepas Anjing Tersepit’

TASEK GELUGOR, 17 Nov – “Usahlah menjadi seperti melepaskan anjing tersepit”, demikian nasihat Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugor, Mohd Nashrol Hisham Abdullah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa kononnya sehingga hari ini belum ada sebarang bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Apa lagi yang Guan Eng mahu? Adakah bila diberi wang, baru diangap sebagai ‘bantuan’,” soalnya.

Jelas beliau, Guan Eng seakan telah diserang penyakit kronik yang telah membutakan mata serta menyerang otak sehingga tidak dapat melihat segala bentuk bantuan yang telah dihulurkan oleh kerajaan pusat kepada Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir.

“Agaknya memang sudah menjadi tabiat Guan Eng yang suka menuding jari kepada pihak lain bagi menutup segala kesilapan diri sendiri. Lagak Guan Eng ini selepas dihulur dengan pelbagai bantuan oleh kerajaan pusat tidak ubah seperti kata bidalan ‘umpama melepas anjing tersepit yang menggigit kembali orang yang membantu melepaskannya’.

“Sepatutnya sekarang ini Guan Eng perlu merangka pelan bagi mengatasi banjir di negeri ini kerana ia terlalu kerap terjadi. Jika kerajaan negeri mampu mengeluarkan ratusan juta ringgit hanya untuk kajian terowong dasar laut, mengapa dalam isu banjir ini kerajaan negeri seakan berat untuk mengeluarkan bajet,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Nashrol, Guan Eng juga sepatutnya bertanya kepada diri sendiri mengapa Pulau Pinang terlalu kerap dilanda banjir dan jangan memberi alasan kononnya kerana hujan dan masalah sistem perparitan.

“Sebenarnya bukan satu rahsia lagi bahawa punca masalah banjir semakin meruncing di Pulau Pinang adalah kerana kerakusan kerajaan negeri dalam menarah bukit. Pembangunan tidak terkawal termasuk projek perumahan di cerun bukit menjadi sebab air hujan tidak dapat menyerap dengan baik kerana bukit dan hutan sudah gondol.

“Dulu mereka menuduh Kerajaan negeri Kelantan yang diterajui Pas sebagai gagal kerana tidak dapat menangani masalah banjir tetapi kini apabila terkena batang hidung sendiri mengapa mahu menyalahkan pihak lain.

“Kerajaan Pulau Pinang seakan mahu meletakkan segala tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan pusat,” bidasnya.

Justeru beliau menyeru kepada rakyat Pulau Pinang agar jangan lagi mempercayai ‘drama’ yang dimainkan oleh Dap kerana mereka kini sudah semakin tersepit apabila dihimpit dengan pelbagai masalah berpunca daripada kesilapan sendiri.

“Apa sahaja akan dilakukan kini oleh Dap bagi meletakkan kesalahan kepada orang lain demi ‘menjernihkan’ imej mereka apatah lagi kini pilihan raya umum sudah semakin hampir.

“Sebenarnya ‘alam’ sedang menghukum dan membongkar satu demi satu pembohongan Dap ini,” sindir Nashrol. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana