Kepentingan Melayu: Tidak salah berbeza pendapat tetapi biarlah berpada-pada....- Annuar Musa

UMNO menyambut baik kesediaan pemimpin pembangkang Melayu Johor untuk ketepikan perbezaan antara kedua parti itu dan duduk bersama bagi membincangkan isu-isu kepentingan orang Melayu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, jika pihak pembangkang mempunyai kesedaran ke arah itu (untuk berbaik), ada kesedaran mengenai kesatuan, ia adalah satu perkara yang sentiasa dialukan.

"Jika benar, biarlah ia lahir dengan kejujuran dan keihklasan. Biasalah orang politik, cakap berlapik-lapik dan nanti mulalah dengan pelbagai polimik.

"Orang Melayu perlu sedar kerana kesatuan ini bukan untuk orang Melayu sahaja, tetapi untuk orang lain juga yang dapat bernaung di bawah keamanan dan kestabilan.

"Oleh itu, penting untuk orang Melayu fikirkan mengenai kebersatuan. Tidak salah untuk berbeza pendapat tetapi biarlah berpada-pada dan tidak sehingga melemahkan," katanya demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penerangan Pusat di PWTC pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan kesediaan pembangkang Melayu Johor untuk bersama UMNO membincangkan isu orang Melayu selaras dengan saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya mereka berlapang dada berbuat demikian.

Tambah Annuar, UMNO sentiasa terbuka untuk membincangkan mengenai isu orang Melayu dengan sesiapa sahaja dan bagi mencapai hasrat itu, matlamat kedua-dua parti haruslah tepat dan betul.

"Apa juga sekalipun, matlamat lebih penting, bukan hanya bergantung kepada cara sahaja kerana kita perlu menjaga kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

"Saranan Tuanku itu sekaligus membuktikan Tuanku begitu prihatin dengan orang Melayu.

"Kita perlu faham yang negara ini tidak terbina dengan sendirinya. Kita ada asas, latar belakang dan sejarah...sejarah pembinaan negara dan bangsa yang berpaksikan kepada penyatuan orang Melayu. Jika orang Melayu tidak bersatu, maka kaum lain tiada tempat dalam negara ini," katanya.

Ujarnya lagi, orang Melayu yang bersatu menjadikan terbentuknya negara bangsa dan datangnnya kaum-kaum lain kerana soal kesatuan orang Melayu merupakan perkara pokok kesatuan negara.

"Jika berpecah belah, tidak mungkin kita boleh ke hadapan. Jika ada perpecahan, ke manakah kita?," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana