Jika bukan saingan, jangan cakap pasal kami, sindir Amanah kepada PAS...PAN hanya Mimpi Saja Boleh Menang Tu

SHAH ALAM: 'Berhenti memberikan sebarang komentar atau pandangan terhadap kami jika menganggap kami hanya sebuah parti kecil dan tidak layak untuk dilawan', demikian luahan Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.

Katanya, PAS boleh berhenti membuat sebarang tohmahan atau pandangan tidak baik terhadap mereka selepas ini apabila menganggap Amanah bukan saingan sebenar mereka dan tidak memberi sebarang erti kepada parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

"Berhenti memberi sebarang komentar kepada Amanah yang tidak layak sebenarnya untuk diberikan komen lagi kerana ini parti kecil, parti yang bukan setaraf dengannya, parti yang tidak suci dan mulia sepertinya.

"Jadi, sudahlah. Kalau sudah yakin sangat parti Amanah ini parti kecil yang tidak ada taraf, bukan lawannya, jangan sebut lagi, buang dari ingatan kamu, bekerja dalam kalangan kamu dan orang yang kamu anggap besar dan mulia seperti kamu," katanya kepada Antarapos.

Reaksi Anuar itu sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad semalam yang menyifatkan parti pimpinan Mohamad Sabu itu bukan lawan mereka dalam politik tanah air, dan tidak membawa sebarang erti kepada parti berteraskan Islam itu.

Malah, Idris yang dipetik Sinar Harian berkata, ia seakan memalukan bagi PAS jika berlawan dengan Amanah.

Mengulas lanjut, Anuar menganggap kenyataan yang dikeluarkan Idris itu sebagai satu kenyataan yang sombong dan menggambarkan sikap 'aku lebih suci daripada kamu'.

"Satu kenyataan yang sombong sebenarnya dan menggambarkan sikap 'aku lebih suci dari kamu.'

"Saya nasihatkan kalau mereka menganggap Amanah sebuah makhluk kecil yang hina begitu, yang tidak perlu diambil kira langsung, maka adalah lebih bagi mereka berhenti berfikir tentang Amanah," katanya lagi.

Untuk rekod, Amanah ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang keluar dari parti Islam itu pada tahun 2015.

Parti itu kemudiannya menyertai PKR dan DAP untuk membentuk gabungan Pakatan Harapan (PH).

Pertelingkahan di antara kedua-dua buah parti itu semakin memuncak pada hari ini apabila berlaku perebutan di antara mereka berhubung pemilikan Wisma Tok Guru yang menempatkan pejabat ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang dipertikaikan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana