INSTITUSI ISLAM TERANCAM APABILA DAP BERKUASA – DR ZUHDI MARZUKI

“Institusi Islam akan terancam sekiranya Democratic Action Party (DAP) memperolehi kuasa di negara ini,” tegas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan adakah DAP akan mempertahankan institusi Islam di negara ini seperti yang diwar-warkan sekiranya agenda mereka berterusan.

Menurutnya, DAP sememangnya sebuah parti yang mendukung sekularisme sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti mereka, sudah tentu mereka tidak berminat mempertahankan agama Islam.

Dr Zuhdi berkata, meskipun ahli-ahli mereka dari pelbagai agama hakikatnya mereka tetap mengamalkan peminggiran terhadap ajaran sebenar agama.

Mengulas lanjut persoalan adakah DAP benar-benar memperkasakan Islam di Pulau Pinang, Dr Zuhdi Marzuki berkata, “DAP hanya melakukan usaha-usaha kosmetik berkaitan dengan agenda Islam sedangkan hakikat sebenarnya banyak usaha menyekat agenda Islam di belakang tabir giat dijalankan para pemimpinnya.”

Beliau menjelaskan, sebagai contohnya, gangguan DAP terhadap Institusi Fatwa di Pulau Pinang, selain turut mengabaikan usaha menyelamatkan tanah waqaf dan menaja program-program Muslim Liberal di Penang Institute dan lain-lain.

“Ini juga terbukti apabila banyak hal-hal berkaitan urusan agama dihalang oleh pemimpin-pemimpin DAP,” ujarnya lagi.

Zuhdi menegaskan, “Antara halangan yang telah diberi oleh DAP setakat ini untuk memperkasa Islam di Malaysia ialah mereka dilihat mahu membawa versi Muslim liberal terhadap ajaran Islam dengan melanggar pihak berotoriti seperti Majlis Agama Islam dan Institusi Fatwa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana