IKAT PERUT: ‘KEPALA’ AMK DIHARAP TAK KEMUKA HUJAH DANGKAL

Penulis ketawa mendengar hujah ‘kepala’ AMK yang mendakwa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, kononnya gagal kerana rakyat di negara ini ‘ikat perut’, terpaksa ‘skip’ makan sekali sehari untuk menampung hidup.

Apatah lagi yang membuat kajian itu adalah Merdeka Centre yang hanya bertanyakan kepada 1,203 responden dan 15 peratus dari mereka ‘skip’ makanan, maka penulis yakin, mereka yang pernah belajar statistik dan penyelidikan sains sosial akan ketawa lebih besar!

Tahukah ‘kepala’ AMK itu bahawa jumlah keseluruhan rakyat Malaysia kini mencecah seramai 32 juta orang? Tahukah dia bahawa standard kajian kuantitatif memerlukan peratusan responden yang jauh lebih besar dari angka 1,203 orang itu? Tahu?

Jika tidak cukup peratus responden, apakah fakta kajian sains sosial Merdeka Centre itu wajar dianggap sebagai tepat? Relevankah kajian seperti itu untuk diguna pakai? Ramai ahli akademik yang menganggap kajian Merdeka Centre sebagai ‘sampah’, tapi ‘sampah’ itu yang yang ‘kepala’ AMK pakai?

Kenapa tidak suruh saja Merdeka Centre pilih ribuan responden yang terdiri dari penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua gelandangan di seluruh negara? Bukankah itu boleh mencapai 90 peratus ‘ikat perut’? Penulis yakin, gelandangan di sekitar ibu negara saja pun sudah melebih 3,000 orang dan cukup sedia untuk menjadi responden.

Mengulas mengenai ‘ikat perut’, ‘kepala’ AMK itu perlu menjelaskan tentang punca mereka berbuat demikian secara kolektif. Apakah terpaksa ‘ikat perut’ kerana mahu bercuti di luar negara pada cuti hujung tahun, mahu beli iPhone atau telefon pintar terkini, atau mahu belanja kekasih pada setiap hujung minggu?

Penulis yakin, bumi makmur negara kita ini tidak pernah membiarkan penduduknya kelaparan. Sesusah mana pun rakyatnya, belum ada lagi yang mati kerana kebuluran. Pokok pangkalnya rajin usaha, berdoa, bertawakkal dan bersyukur sahaja.

Jika dirujuk pada apa yang berlaku di zaman ‘negarawan ulung’ dulu, penulis yakin lebih ramai yang terpaksa ‘ikat perut’. Bukan saja ‘skip’ makan sekali, malah ada yang hanya makan sehari sekali sahaja.

Sebagai contoh, penulis sendiri terpaksa makan sehari sekali sahaja ketika belajar di universiti dahulu. Penulis terpaksa berjimat untuk tambang bas ke kelas, beli buku, fotostat nota kuliah dan sebagainya. Meskipun tiada iPhone atau telefon pintar, namun penulis terpaksa berjimat untuk keperluan belajar, bukan kehendak.

Lagipun, kita dapat saksikan ribuan lagi gelandangan dan orang miskin tegar di negara-negara maju dunia yang turut ‘skip’ makan setiap hari. Apakah dengan ‘skip’ makan itu melambangkan kepimpinan negara maju itu gagal?

Malah, riwayat-riwayat para ulama sirah tentang kehidupan di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat juga menyaksikan ramai umat Islam yang hidup susah. Apakah kemiskinan yang melanda umat di zaman itu melambangkan kegagalan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda?

Pada pandangan penulis, kemiskinan sememangnya suatu perkara yang tidak mungkin dapat dibasmi kerana ia merupakan kehendak dan ketentuan Allah SWT. Rezeki ditetapkan oleh Allah SWT dan Dia berhak untuk memberi atau tidak memberi kepada siapa saja yang disukaiNya.

Jika Allah berikan rezeki yang banyak kepada setiap hambaNya di muka bumi ini, maka barulah penulis yakin kemiskinan itu dapat dibasmi sepenuhnya. Namun begitu, ia mungkin tidak akan berlaku begitu kerana terdapat pelbagai hikmah di sebalik kemiskinan itu.

Dari kemiskinan dan kesusahan, maka barulah wujudnya perasaan simpati, ehsan, prihatin dan seumpamanya. Kemudian, akan lahir pula kerjasama, usaha, perpaduan dan perlakuan berbentuk tindakan. Dari situ, maka wujudlah bantuan, sumbangan, derma, sedekah, zakat dan seumpamanya. Terlalu banyak hikmahnya, dihurai 3 hari 3 malam pun belum tentu habis.

Justeru itu, ‘kepala’ AMK itu tidak perlulah kemukakan hujah dengan retorik poyo sebegitu. Ramai yang ketawa nanti. Jika mahu tonjolkan diri untuk terpilih sebagai calon PRU pun, carilah isu yang benar-benar mencabar untuk disanggah. Sila cuba lagi…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana