Hindraf akan bekerjasama dengan PH dalam PRU14....porahhh lah

SHAH ALAM: Hindraf mengumumkan kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan (PH) dengan membantu gagasan pembangkang itu mendapatkan sokongan kaum India di luar bandar dan separa bandar menolak Umno-Barisan Nasional dalam PRU14.
 
Pengerusinya, P. Waythamoorthy berkata demikian, susulan perbincangan antara gerakan hak asasi Hindu itu dengan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos lalu.
 
Bagaimanapun setakat Oktober, PH memaklumkan ia belum lagi menerima permohonan rasmi Hindraf untuk bekerjasama.
 
“Hindraf akan memainkan peranan penting untuk PH dengan bergerak di lapangan dan menyampaikan undi orang India luar bandar dan separa bandar.
 
“Hindraf akan bekerjasama dengan PH untuk menamatkan kleptokrasi dan rasuah yang melumpuhkan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum,” katanya.
 
Waythamoorthy dalam masa yang sama mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba melindungi 'individu tertentu' dan menggalakkan ekstremisme meskipun beliau sering memperjuangan kesederhanaan dalam agama.
 
“Beliau mengalakkan ekstremisme untuk meraih sokongan orang Melayu tetapi ia meletakkan duluan yang sangat berbahaya," ujarnya.
 
Waythamoorthy yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri turut mengkritik Pelan Tindakan India Malaysia (MIB) yang diperkenalkan melalui Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) dengan mendakwa ia sebagai cubaan najib memperdayakan kaum India.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana