HARI INI HIMPUNAN BESAR-BESARAN MENENTANG TUN MAHATHIR DI SABAH

1. Dalam sejarah lebih 150 tahun etnik Bugis di Sabah, esok 26/11/2017 merupakan detik yang bersejarah dalam kajian sains politik. Pertama, belum pernah etnik Bugis Sabah berhimpun dalam jumlah yang dijangka ramai untuk menyatakan bantahan terhadap title ‘Bugis Lanun’ yang diejek oleh mantan Perdana Menteri bulan lalu.

2. Ahli akademik, TS Prof. Emeritus Khoo Kay Kim (2010) menerangkan istilah lanun yang dituduh itu tidak betul kerana ianya telahan orientalis yang tidak senang dengan kehebatan pelaut Bugis menjaga keselamatan kapal-kapal perdagangan di laut. Lalu mereka menuduhnya 'pirates' kononnya sama sepertinya pirates di Amerika dan Great Britain.  kemudian pirates diterjemahkan secara direct translation dalam bahasa Melayu sebagai lanun.

3. Namun begitu, pada hari ini, orang ramai sudah ramai berilmu pengetahuan dan mengetahui tipu helah orientalis itu. Malangnya, pada hari ini masih ada orang yang sengaja mengungkapkannya semula dengan tujuan untuk menghina bangsa Bugis.

4. Maka esok orang-orang Bugis akan berhimpun secara aman di bandar Tawau, sebuah bandar yang sangat sinonim dengan etnik Bugis di Sabah sejak beratus tahun lamanya. NGO-NGO Bugis di Sabah juga sehati dan sejiwa dengan NGO-NGO Bugis di Johor, Selangor, Sultan Selangor dan Sultan Johor menyatakan bantahan terhadap penghinaan ini.

5.  Ini bukan acara politik. Sememangnya sarjana barat seperti Profesor Hungtinton (1990) berkata dua dekad akan datang tamadun China dan Asia akan berkembang sementara tamadun Barat akan merosot. Orang hairan kenapa China hari ini mendominasi segala-galanya, walhal kajian sarjana barat sudah meramalkannya 40 tahun dahulu. Begitu juga katanya, etnik-etnik di benua kecil Asia Tenggara yang didominasi oleh Indonesia dan Malaysia akan bersatupadu dan saling bekerjasama atas dasar budaya, agama, ekonomi, sosial dan adat resam. Bukan lagi bersatu atas nama politik.

6. Merujuk kepada kajian Prof Hungtinton itu, Red26 merupakan salahsatu intipati kebenaran kajian itu. Mereka yang jumud di dalam kepompong politik yang sempit akan kalah. Sebaliknya mereka yang menyedari sejarah dan tamadun agung mereka akan berjaya. Maka, mengapa ada yang tidak mahu bersama dalam kebersamaan?

7. Harold Laswell (1930) berkata, paling tidak ada 5 kriteria ciri-ciri manusia demokratik. Pertama, membunuh egonya supaya berpartisipasi. Kedua, ada kemahuan untuk berkongsi nilai. Ketiga, mempercayai dalam kebersamaannya. Keempat, menghukum sesuatu dengan melihat dari pelbagai nilai. Kelima, bebas daripada kebimbangan.

8. Kalau dirujuk kepada Red26 ini maka ianya menjadi 5 persoalan tambahan kepada diri kita/anda, iaitu:-

Pertama, apakah kita/anda ego dengan kepartian untuk tidak turut bersama? walhal kita/anda punya ketamadunan yang tinggi, lebih tinggi dari sebuah partai.

Kedua, apakah kita/anda tidak memiliki nilai kebersamaan dengan tamadun bangsa sendiri?

Ketiga, apakah kita/anda tidak mempercayai tamadun bangsa sendiri?

Keempat, apakah hukuman kita/anda bersandarkan kepartian menghalang untuk kebersamaan?

Kelima, apakah kebimbangan kita/anda kerana terikat dengan kepartaian?

Makanya, kembalilah kepada akar budaya. Sejarah membuktikan tidak ada yang kekal di dalam politik tetapi bangsa itu akan kekal dalam agama dan ketamadunannya.

F. Fukuyama (1992) berkata, bukan soalnya menang atau kalah dan bukan soalnya menjadi calon PRU atau tidak. Persoalannya, mengapakah anda tidak berkorban untuk membuktikan national identity, nation building dan patriotisme dalam konteks Bugis Sabah?

Selamat Berhujung Minggu
Selamat Berhimpun Dengan Aman Dan Damai.
KLIA
25 Oktober 2017.

Bahan Bacaan:

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana