DUA LELAKI HADAPI PERTUDUHAN HANTAR SMS LUCAH....PADAN MUKANYA

Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, masing-masing terhadap tujuh dan tiga pertuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada seorang wanita, kira-kira tiga tahun lalu.

Nor Zeland Ithnin, 57, yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan Klinik di Pahang menghadapi tujuh pertuduhan menghantar SMS lucah kepada wanita itu di Bandar Baharu Sunggala, Port Dickson dekat sini di antara 5.26 pagi hingga 9.20 pagi pada 16 hingga 19 Ogos 2014.

Othman Kadir, 68, yang merupakan Pembantu Perubatan Klinik di Melaka menghadapi tiga pertuduhan menghantar SMS lucah kepada wanita yang sama di tempat sama di antara 12.29 malam hingga 4.03 pagi pada 6 hingga 7 Ogos 2014.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi.membenarkan Nor Zeland dan Othman, masing-masing diikat jamin RM1,500 dan RM1,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dihadapi masing-masing dan menetapkan 27 Dis untuk sebutan semula kes. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana