DAP TIPU MELAYU : MEREKA HANYA MAHU KUASA, BUKANNYA JAWATAN

“Dimana kan ku cari ganti, serupa dengan mu” diantara lirik lagu Allahyarham P Ramlee yang mana menceritakan kesedihan hati akibat kehilangan insan tersayang. Begitu juga seperti DAP yang menyimpan perasannya susulan kehilangan PAS.

Kekecewaan hati DAP tidak dapat disembunyikan lagi apabila beberapa kali mengarahkan sekutunya melakukan peminangan semula dan merujuk talak yang telah dijatuhkan terhadap PAS. DAP kini telah merasakan kepincangan kehidupan politiknya tanpa PAS

Namun PAS tetap dengan pendiriannya tidak akan bersama DAP dan sekutunya lagi dalam apa keadaan sekali pun. “Berpatah arang” itulah keputusan muktamad PAS terhadap Pakatan Harapan. Tiada lagi jalan untuk hidup bersama DAP lagi.

Dalam menghadapi pilihanraya yang semakin hampir dan kekalutan yang sedang berlaku didalam pemilihan CEC yang perkauman serta kekalutan PPBM yang masih belum mengadakan mesyuarat agong kali pertmanya dan perlanggan perlembagaan parti PPBM.

Perlanggaran perlembagaan parti dimana kewujudan Armada yang tidak terkandung didalam perlembagaan parti PPBM telah menyebabkan penyokong PPBM dari golongan muda mula merasakan mereka telah ditipu oleh kepimpinan yang mereka agongkan.

Beberapa tindakan telah diambil dan laporan kepada ROS dilakukan agar satu tindakan diambil terhadap Mahathir selaku pengurusi PPBM. Malah beberapa bahagian PPBM telah pun dibubarkan susulan rasa tidak puas hati penyokong.

Jika dahulu PAS merupakan “tuah” bagi DAP kerana berjaya menarik sokongan pengundi Melayu untuk menyokong mereka. Namun akibat sikap tamak kuasa dan kuasa majoriti DAP telah lupa daratan dan menyingkirkan PAS dari persada politik Pakatan Harapan.

Tiada lagi jalan keluar dimana DAP terpaksa mengumpan dan mendakap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM sebagai mengganti kehilangan PAS yang ditendang daripada Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Dr Mahathir merupakan musuh utama DAP sebelum ini, namun parti itu menukar pendirian menyokong pengerusi PPBM itu selepas tiada lagi sokongan Melayu-Islam daripada PAS. DAP boleh melupakan tetapi tidak akan memohon maaf dan akan memintak pihak lain tunduk dan memohon maaf kepada mereka.

DAP sekarang sanggup dan malah mampu untuk bekerjasama dengan orang yang telah bertanggungjawab untuk penswastaan hampir semua industri di Malaysia dan memusnahkan keabsahan apa sahaja bentuk demokrasi yang kita ada selama 22 tahun beliau memegang jawatan

Semua kerana kenyataan yang disebut perlu untuk “Menyelamatkan Malaysia”, kini dilihat tidak menjadi kenyataan apabila rata rata kita sedang melihat DAP, PPBM dan PKR sedang berusaha untuk menyelamatkan parti masing-masing dengan menyembunyikan berbagai skandal yang menggunakan wang rakyat.

Didalam keadaan yang kritikal ini DAP telah melakukan perubahan politik ketara oleh DAP. Kesediaan mereka semasa bekerjasama dengan bekas pemimpin zalim dan autokratik Malaysia yang mana telah menyumbat Kit Siang dalam Operasi Lalang.

Ketika ini DAP memerlukan satu bentuk penyamaran dan beralih sikap kepada melupakan semuanya dan akan mengorak satu bentuk analisa ekonomi politik yang lebih bertanggungjawab oleh kepimpinan DAP untuk menjustifikasikan bentuk penyamaran ini.

Mereka juga terutama DAP dan PPBM yang sanggup berhutang dengan rakyat Malaysia analisa kelas penindasan di Malaysia hari ini dan bagaimana hubungannya dengan agenda baru mereka “Selamatkan Malaysia”.

“Harapan Baru” “Selamatkan Malaysia” sebenarnya retorik politik yang tidak berkesudahan dimana slogan tersebut hanya akan menjerut leher rakyat yang bodoh dan dangkal dalam politik yang dimainkan Mahathir dan Kit Siang.

Sebenarnya Kit Siang dan Mahathir serta kepimpinan DAP yang lainnya sedang dan kini memperjudikan agenda Melayu baru mereka dan bekas pemimpin PAS “Harapan Baru” yang berada didalam PAN digunakan dalam pelbagai cara untuk mendapatkan sokongan.

DAP menendang keluar PAS daripada Pakatan Rakyat bukan disebabkan tindakan Kerajaan PAS Kelantan meluluskan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 18 Mac 2015.

Alasan yang digunakan DAP dalam usaha menendang PAS satu ketika dahulu ianya berpunca kerana komitmen PAS terhadap pindaan Rang undang-undang Syariah. Adakah ia benar?. Jika benar apa lagi yang seharusnya ditunggu oleh penyokong Melayu dalam Pakatan Harapan Sekarang?

Penolakan DAP dalam arus politik perdana mesti dilakukan oleh keseluruhan umat Melayu Islam. Ini adalah jelas kerana DAP sebuah parti yang rasis dan perkauman agama dan mengamalkan dasar komunisme yang akan menjadikan rakyat dianggap seperti hamba.

Akibat tindakan bodoh ‘Langkah Kajang’ pada 2014 kita menyaksikan bekas Menteri Besar Selangor yang secara terbuka dihina oleh pemimpin-pemimpin DAP sebagai tidak berkemampuan dan mengamalkan rasuah, faktor yang diangkat sebagai sebab utama perlucutan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Langkah Kajang sebenarnya menunjukkan penghinaan bukan sahaja terhadap pengundi-pengundi di Kajang tetapi juga tidak bertanggungjawab terhadap kepimpinan PAS yang menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

Apa yang rakyat Malaysia saksikan semasa kontroversi Menteri Besar Selangor ini adalah penghinaan DAP secara nyata yang ditunjukkan terhadap orang Melayu bukan sahaja dalam tidak diberi penjelasan sejak dari mula tentang salah laku bekas Menteri Besar dan akibat daripada “Langkah Kajang” tetapi juga diperangkap oleh “Rottweilers” DAP.

Justeru itu , penolakan DAP seharusnya dilakukan agar mereka terus menjadi kumpulan politik yang hanya sebagai nama sahaja. Bukti terbaru bagaimana kepimpinan DAP menghina bangsa Melayu Islam serta menjatuhkan maruah Sultan Perak dengan mengeluarkan kata-kata “mempuk**makkan orang Melayu tidak boleh dipandang ringan.

Bagi DAP orang Melayu tiada nilai yang boleh diangkat. Mereka hanya beranggapan bahawa orang Melayu layak dipijak dibawah tapak kaki mereka sahaja. Jangan mimpi lah DAP akan memohon maaf bagi setiap kesalahan yang mereka lakukan.

Tidak perlulah ada tuntutan permohonan maaf. Tidak akan terjadi dalam politik DAP. Malah mereka akan terus menegakkan kesalahan mereka dengan mensabitkan kesalahan tersebut dengan pihak lain. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana