DAP perlekeh bantuan kepada mangsa banjir... lantaklah!!!

Kalau DAP Pulau Pinang tidak mengenang budi sehingga memperlihat sikap sombong menjadi-jadi seperti dalam isu bantuan terhadap mangsa  banjir di sana, lantaklah.

Kepada sikap DAP ini, ahli parlimen Pasir Salak itu berpendapat sikap DAP memperleceh bantuan kerajaan pusat membantu mangsa-mangsa  banjir tempoh hari sesuatu yang tidak menghairankan.

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata yang penting mangsa banjir di negeri itu memperoleh faedah dan beban akibat banjir besar dapat dikongsi secara bersama.

Beliau mengulas Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid yang mendakwa Kerajaan Pulau Pinang “yang sentiasa hidup dalam penafian apabila terus menerus membuat penafian berhubung bantuan banjir daripada kerajaan persekutuan.”

Justeru Tajudddin yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata yang penting pada akhirnya rakyat akan melihat dan menilai  usaha kerajaan Persekutuan menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang sebagai bukti Barisan Nasional (BN) adalah pilihan yang lebih baik untuk memimpin rakyat.

Beliau berkata soal ahli dan pemimpin DAP tidak mahu menghargai terhadap kerja baik kerajaan Persekutuan “tidak usah diambil kira lantak merekalah...“

Menurut Tajuddin, kerajaan Persekutuan melakukan semua ini adalah kerana  perikemanusiaan dan mahu memastikan semua mangsa yang terjejas banjir  mendapat bantuan selayaknya.

``Kita  buat ini kerana kemanusiaan...perikemanusiaan, saya ingin menasihatkan kepada rakan-rakan supaya kita jangan peduli sangat ahli DAP... pemimpin DAP sama ada dia orang hargai tak hargai... kita dah tahu itu perangai mereka.

``Yang penting kita nak tunjuk kepada yang bukan DAP di atas pagar orang biasa ni... mereka akan menilai sama ada kita ikhlas... kita buat kerana benar- benar  nak membantu dan nak menolong.

``Insyallah rakyat akan melihat bahawa kita adalah pilihan yang lebih baik untuk memimpin rakyat,”kata Tajuddin, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Tajuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Arena Square Komuniti Sihat Perkasa Negara ( KOSPEN Kampung  Kunci Air 4, Sungai Manik pada Ahad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana