DAP BULI PKR DAN PAS DI PULAU PINANG...TAPI MASIH SOKONG LAGI DAP

PKR Pulau Pinang berdiri bersama memberi sokongan kepada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng, dalam isu di mana beliau dilarang untuk meguruskan pendaftaran mangsa banjir oleh kerajaan negeri di kawasan di bawah pegangannya.



“Langkah ini tidak hormat pada hak demokratik rakyat Kebun Bunga yang mengundi Cheah dalam pilihan raya umum lepas.



“Sebagai wakil rakyat yang mendapat mandat daripada penduduk Kebun Bunga, Cheah tidak sepatutnya dilarang daripada menjalankan tanggungjawabnya,” kata Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman.



Cheah dilarang menguruskan bantuan RM700 melalui surat bertarikh 20 November lalu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus tanpa diberikan sebarang alasan.



Cheah dan empat ADUN PKR lain sebelum ini berselisih pendapat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga Presiden DAP, selepas berkecuali dalam pengundian usul Umno untuk menghentikan semua projek penambakan pada tahun 2015.



Akibat daripada itu Lim Guan Eng mendakwa mereka cuba mensabotaj kerajaan Pulau Pinang. Cheah juga dipecat daripada jawatan pengarah Penang Hill Corporation selepas kejadian itu.



Pada 10 November lalu, Cheah juga mempersoal pengkorporatan Penang Botanic Gardens.



Selain PKR, ADUN Permatang Pasir, Salleh Man yang juga anggota PAS juga tidak dibenarkan menguruskan pemohonan bantuan mangsa banjir oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.



Mansor yang juga bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang berkata, penyerahan pengurusan bantuan banjir di Kebun Bunga kepada ADUN DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey, menunjukkan kerajaan negeri cuba meminggirkan PKR dalam pemerintahan Pulau Pinang.



Mansor difahamkan akan berdepan dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, untuk berbincang isu itu hari ini.



Mansor juga mengatakan bahawa alasan Lim bahawa terdapat perubahan prosedur dalam adalah “naif dan tidak boleh diterima”.



Tindakan oleh Lim Guan Eng ini seolah-olah membuktikan beliau sengaja menolak kehadiran parti lain dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang hanya kerana tidak menyokong tindakan beliau. Adakah ini politik matang yang cuba ditunjukkan oleh DAP?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana