CINA SELANGOR BERALIH KEPADA TS KHALID, KEM AZMIN ALI KECUT

Sepatutnya hanya dua tiga kerat sahaja pengundi Cina yang muncul semasa ceramah tokoh-tokoh politik yang dipecat DAP, namun berbeza dengan ceramah pada Sabtu yang menampilkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bertempat di medan selera Bukit Teratai, pengundi Cina masih mengerumuni ceramah Khalid bersama dua tokoh DAP yang dipecat keahlian, bekas ADUN Teratai, Jenice Lee dan bekas ADUN Teluk Datuk, Philip Tan.

Walaupun Dipecat DAP, Ceramah Masih Dapat Sambutan Komuniti Cina
Signal menarik pengundi Cina menjelang PRU 14 itu turut diulas oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Menurutnya, dengan perkembangan terbaharu itu, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP perlu berfikir semula jika mereka masih menganggap pengundi Cina adalah deposit tetap pembangkang.
“Perkembangan kehadiran penyokong khususnya di kawasan Pandan yang melibatkan pengundi bukan Melayu yang kononya selama ini PH anggap sebagai ‘stock’ undi mereka harus diberi perhatian oleh PH.

“Kemunculan sosok Khalid Ibrahim yang mampu menarik pengundi bukan Melayu kawasan bandar harus diberi perhatian khusus,”katanya 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana