BUNGA LAYU, KELOPAKNYA PUN GUGUR

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia sudah mula memperlihatkan realiti kelemahannya. Merujuk kepada sekuntum bunga yang menjadi simbol parti, ia bagaikan bunga layu dan satu demi satu kelopaknya gugur ke bumi.

Konsep ‘bersatu’ yang cuba didukunginya hanyalah retorik dan kosa kata bombastik sahaja kerana pada hakikatnya ia adalah parti yang pecah-belah malah ia dilihat diwujudkan untuk menambah pecah-belahkan masyarakat Melayu.

Kewujudannya bukanlah berpaksikan penyatuan rakyat, khususnya orang Melayu sebagaimana didakwa oleh kepimpinan tertingginya semasa ia ditubuhkan. PPBM juga bukanlah satu alternatif kepada Umno tetapi ia merupakan parti serpihan yang pincang.

Malah ramai dalam kalangan penganalisis politik mahupun rakyat yang memerhatikan tingkah-laku pengerusi PPBM, sedar dan peka bahawa kewujudannya berpaksikan kebencian, kedengkian dan dendam kesumat TDM terhadap Dato’ Seri Najib (DSN).

Natijahnya dengan sikap TDM yang DNA-nya yang tebal dengan sikap kediktatorannya, dia tidak senang duduk melihat penggantinya berjaya, dan bersungguh-sungguh mahu memajukan negara, seakan-akan dia sahajalah yang sempurna. Penganiayaan yang dikenakan pada Tunku Abdul Rahman, kemudiannya Tun Hussein Onn, tidak dihentikan dan menjadi legasi kepada gaya hidupnya apabila penganiayaan dikenakan pula kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya DSN.

Ramai pula yang membuat spekulasi bahawa segalanya akan menjadi aman bagi TDM jika sekiranya anaknya yang diangkat menjadi PM. Namun sebelum anaknya diangkat menjadi PM pastinya Muhyiddin Yassin akan juga terjebak dengan caturan politik Mahathir sekiranya Muhyiddin yang akan menggantikan DSN.

Walau bagaimanapun teori kerusi perdana menteri yang panas itu tidak semudah seperti yang dilakarkan kerana dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan, Anwar Ibrahimlah yang direstui untuk mengambil alih kerusi tersebut sekiranya PH menang. DAP dan PAN telah secara instrinsik dan ekstrinsik menyokong Anwar menjadi perdana menteri, apatah lagi PKR.

Tanpa Pas di sisi Pakatan Harapan, sebagaimana kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat dahulu, kedudukan PKR bagaikan harimau mandul yang tiada taring. Semuanya yang berada dalam Pakatan Harapan ini hanyalah klon dan serpihan daripada parti-parti yang dominan, kecuali DAP. PKR dan PPBM adalah serpihan Umno, dan PAN daripada serpihan Pas. Kalau sudah dilihat sebagai serpih maka serpihlah mereka. Kekuatan PKR menguasai Selangor bukanlah sangat kerana ia kuat tetapi kerana ia disokongi oleh Pas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana