“Bukan Masalah Nak Lawan Azmin” – Jamal Yunos

Datuk Seri Jamal Md Yunos berhasrat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar terbabit memaklumkan, dia berminat bertanding di kerusi itu kerana melihatnya lebih mencabar dan memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh daripadanya.

“Saya melihat tempat yang paling sesuai untuk saya bertanding pada pilihan raya umum akan datang adalah di Bukit Antarabangsa yang sekarang ini disandang oleh Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali).

“Bagi saya untuk menandingi beliau di sana, bukanlah masalah kerana rakyat melihat siapakah Azmin ini yang hanya pandai bercakap semata-mata tetapi tidak sedikit pun membantu rakyat terutamanya di kawasan beliau,” katanya.

Memetik Utusan, hasrat Jamal itu sudah disuarakan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar selepas melalui perbincangan bersama kepemimpinan UMNO bahagian Ampang.

“Saya tahu kuasa menentukan calon ini terletak pada pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi saya amat berharap dicalonkan di DUN Bukit Antarabangsa,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana