BUKAN KAH DIPANGGIL GILER KUASA KER TU!!!!! MAHATHIR MUNGKIN TANDING DI PUTRAJAYA ATAU LANGKAWI – ABDUL RASHID

Seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi bayangan bahawa pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan besar bertanding di Parlimen Putrajaya atau Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata terdapat permintaan untuk mantan perdana menteri itu untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Saya rasa Dr Mahathir akan menawarkan diri sebagai calon, kerana dia adalah pembawa obor untuk kami.

“Menurut kebanyakan cakap-cakap, ada kemungkinan besar dia akan bertanding di Langkawi, walaupun dia juga diminta untuk bertanding di Putrajaya,” kata Abdul Rashid dipetik The Star.

Dr Mahathir baru-baru ini berkata beliau tidak menolak untuk bertanding di Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Malahan, Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada tahun lalu juga pernah mencadangkan “arkitek” Putrajaya itu bertanding di Parlimen itu.

Dalam pada itu, The Star melaporkan Abdul Rashid enggan mengesahkan sama ada beliau akan bertanding dalam PRU14, walaupun beliau dikatakan sangat aktif di Kota Bharu. Beliau adalah Pengerusi PPBM Kota Bharu.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu juga berkata PPBM mungkin akan bertanding di 38 kerusi, dan akan menentang Umno di kerusi terbabit.

“Ini lebih daripada apa yang DAP menang dalam pilihan raya umum lepas. Kami tidak mempunyai pilihan, kerana kami adalah parti utama dalam Pakatan (Harapan) dari segi sokongan Melayu.

“Kami juga menganggap parti ini pemimpin dari segi mendapatkan sokongan orang ramai terhadap pembangkang,” beliau dipetik sebagai berkata.

Abdul Rashid berkata PPBM akan memimpin Pakatan Harapan di Kedah, Johor dan Perak dalam PRU14.

Ini kerana kata beliau pengaruh PPBM sangat kuat di Kedah, negeri asal Dr Mahathir, serta Johor yang merupakan ‘tempat asal’ Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana