BR1M GAGAL BANTU GOLONGAN MISKIN BANDAR DAN GELANDANGAN, KATA NURUL IZZAH

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Pusat Transit Gelandangan yang diperkenalkan kerajaan persekutuan tidak mampu menanggani permasalahan sebenar kemiskinan bandar dan gelandangan di negara ini.

Sebaliknya berpandangan bahawa pendekatan tersebut hanya merupakan langkah sementara dan bersifat populis untuk meraih sokongan politik.

Nurul Izzah berkata isu kemiskinan bandar dan gelandangan harus menjadi komitmen utama kerajaan persekutuan dalam memastikan permasalahn tersebut tidak terus berlanjutan dalam kalangan rakyat hari ini.

“Saya rujuk statistik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membabitkan penambahan jumlah gelandangan daripada 600 orang pada 2014 kepada 2,000 setahun selepasnya dan dianggarkan akan naik kepada 5,000.

“Kerajaan perlu ambil kira dan menyorot kembali bahawa isu kemiskinan yang dibangkitkan Profesor Dr Fatimah Kary (Universiti Malaya) yang mengatakan bahawa penyebab utama wujudnya pertambahan ini kerana rasionalisasi pemotongan subsidi drastik oleh kerajaan.

“Persoalan saya, apakah bentuh langkah pencegahan yang akan diambil kementerian bagi mengurangkan pertambahan kemiskinan dan jumlah gelandangan di Kuala Lumpur?”

“Adakah kementerian di bawah jawatankuasa yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk bekerjasama mengambil kira pandangan oleh institut kajian kemiskinan dan pihak berkepentingan lain?” soalnya ketika sesei pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Menangani Kemiskinan Bandar yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyenaraikan beberapa langkah penting yang perlu dilaksanakan untuk menangani kemelut yang dihadapi golongan miskin di kawasan bandar.

Ia termasuklah cadangan untuk melaksanakan pendekatan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memastikan masalah kemiskinan bandar dapat diselesaikan dengan berkesan.

Antara lain jawatankuasa itu berpendapat perlu ada penyelesaian menyeluruh untuk mengekang kenaikan harga barang, termasuk mengoptimumkan pengeluaran dan mengurangkan penglibatan orang tengah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana