BANJIR: GUAN ENG TERUS DAKWA PUSAT TIDAK BANTU....ANGKUH DAN BODOH SOMBONG

Di sebalik bantuan pelbagai agensi Kerajaan Pusat kepada mangsa banjir di negeri ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebaliknya terus mempertikai seolah-olah tiada bantuan seumpama itu diterima penduduk.

Ini kerana, menurut Guan Eng, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak mengumumkan sebarang bantuan termasuk yang bersifat secara langsung.

Menurutnya, Najib masih gagal berbuat demikian meskipun kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan berjumlah RM1 bilion melalui pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa III Lembangan Sungai Pinang.

“Program Pulau Pinang Bangkit berjumlah RM100 juta telah dilancarkan kerajaan negeri dan kita harap Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih besar daripada itu,” katanya pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid ketika memberi reaksinya berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang ‘hidup dalam penafian’ apabila menidakkan bantuan kerajaan Persekutuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana