BAJET 2018: PEMBANGKANG BANGKANG DARI LONGKANG

SAYA cukup menghormati pendirian ahli-ahli Parlimen PAS yang mengambil sikap berkecuali ketika pengundian Bajet 2018 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Mereka berkecuali kerana mereka mampu menilai bahawa terdapat banyak perkara yang membawa kebaikan untuk rakyat dalam bajet itu dan kalau ia ditolak, maknanya mereka menolak manfaat untuk rakyat.

Kita faham tugas pembangkang adalah sebagai blok yang membuat ‘check and balance‘ atau semak dan imbang dalam sistem berparlimen di Malaysia.

Tetapi sebagai wakil rakyat juga, janganlah hanya kerana semata-mata menjadi pembangkang, maka mereka perlu menolak bajet ini.

Tolak Belanjawan 2018, maknanya tolak bantuan BR1M untuk rakyat, tolak kenaikan gaji dan bonus khas kakitangan awam malah tolak bantuan pendidikan dan pembangunan untuk negara.

Apakah dengan menolak bajet ini bermakna DAP juga menolak menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan menolak bantuan untuk pekebun kecil serta dana kampung Cina di seluruh negara?

Juga, bagaimana pihak kerajaan Pusat hendak bayar gaji dan elaun ahli parlimen pembangkang itu sendiri jika mereka pula menolak belanjawan ini?

Sedangkan ternyata bajet ini adalah baik untuk semua rakyat Malaysia secara keseluruhan termasuklah untuk kaum Cina, India dan lain-lain.

Perbuatan pembangkang yang membangkang secara buta tuli inilah yang disebut sebagai ‘bangkang dari longkang’.

Kita faham pembangkang mahu menang PRU-14 tetapi janganlah dikorbankan segala manfaat yang bakal diraih oleh rakyat semata-mata untuk berlagak hero atau berlakon seperti jaguh.



Rizal Mansor
Pegawai Khas Perdana Menteri

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana