BAGAIMANA YEOP ADLAN MAHU MARTABATKAN MELAYU JIKA IKUT MODEL PAP SINGAPURA?

Sewaktu mengumumkan kemasukan beliau ke dalam DAP semalam, 10 Oktober 2017, Datuk Yeop Adlan Che Rose menyebut mengenai kegagalan UMNO dan PAS dalam “persoalan yang utama”, iaitu “kedudukan orang Melayu kita, nak membelakan nasib Melayu kita”.

Peliknya, bila menonton wawancara portal berita DAP, RoketKini, dengan beliau pada 3 November 2017, jelas disebut oleh Datuk Yeop Adlan mengenai kekaguman beliau terhadap corak pemerintahan yang ditunjukkan oleh pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew, dan PAP.

Datuk Yeop Adlan menyebut mengenai betapa Malaysia kononnya rugi “sebab tidak dapat merasa manfaat daripada kepimpinan yang boleh ditunjukkan oleh Singapura, Lee Kuan Yew, dan PAP” tetapi ini boleh ditebus dengan menyokong DAP, parti serpihan PAP.

Tegas beliau: “Sebenarnya bila kita menyingkirkan Singapura dan apabila kita melihatkan pencapaian yang dia dapat di sana, boleh jadi masuk dunia pertama dalam masa 20 tahun, sebenarnya bukankah kita rugi sebab tidak merasa manfaat daripada kepimpinan yang boleh ditunjukkan oleh Singapura, Lee Kuan Yew, dan PAP, bukan begitu? Dan kalau tidak pun, baik, sekarang kita ada DAP, DAP serpihan daripada PAP di sana, dan DAP pun dia berlandaskan yang sama jugak, yakni Malaysian Malaysia, Malaysia untuk semua orang, dan keadilan untuk semua, apa pasal kita tak sokong?”

Saya tidak tahu bagaimana Datuk Yeop Adlan boleh menggabungkan hasrat beliau untuk membela nasib orang Melayu dengan kekaguman beliau terhadap corak pemerintahan yang ditunjukkan oleh pemimpin Singapura dan PAP ini kerana banyak bukti menunjukkan kedua-dua perkara ini adalah tidak selari. Contoh paling nyata adalah tesis PhD Dr Lily Zubaidah Rahim dari University of Sydney pada 1994 bertajuk “The Singapore Dilemma: The Political and Educational Marginality of the Malay Community” yang diterbitkan dalam buku dengan tajuk sama oleh Oxford University Press pada 1998.

Begitulah juga dengan tindakan Datuk Yeop Adlan menggabungkan hasrat beliau untuk membela nasib orang Melayu dengan seruan menyokong DAP yang sangat tidak selari.

Lebih jauh lagi, Datuk Yeop Adlan juga, di dalam wawancara sama, menggambarkan betapa beliau tidak mempunyai apa-apa visi tertentu melainkan hanya akan patuh kepada apa saja arahan pimpinan DAP terhadap beliau dengan berkata: “Saya dah bagitahu kepada pimpinan DAP, terpulang kepada DAP, saya tahu disiplin dia apabila kita dah masuk satu parti itu terpulang kepada parti itu sendiri menentukan apa saya boleh digunakan untuk faedah parti, saya patuh sajalah, itu disiplin dia”.

Sama taraf dengan Datuk A Samad Said saja (hamba DAP) Datuk Yeop Adlan ini rupanya.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana