Amaran Pendaftar Pertubuhan...jangan tomah pasal isu PPBM

Sendiri yang langgar perlembagaan parti,jangan pula nak salahkan orang lain!

Perangai kalangan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah membuat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan  Malaysia (ROS) naik angin!

Ini berkaitan isu pengunaan nama ' Armada' untuk sayap pemuda dan PPBM tidak buat mesyuarat agung tahunan sampai hari ini.

Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim pada petang Jumaat telah adakan sidang media khas  di pejabatnya di Putrajaya dengan tujuan untuk membuat pendedahan kepada rakyat apa sebenarnya berlaku suoaya rakyat tidak keliru dan salah anggap terhadap ROS.
Katanya pelbagai tuduhan serta tomahan malah ada pemimpin muda PPBM telah membuat kenyataansangat negatif terhadap PPBM.

Beliau seolah memulangkan paku buah keras kepada pimpinan PPBM supaya memahami perlembagaan parti yang mereka cipta sendiri sebelum menyalahkan pihak lain.

"Masyarakat kena faham tentang pentingnya kepimpinan sesebuah pertubuhan. Mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di Malaysia termasuk parti politik umumnya dan PPBM khasnya, dibuat oleh mereka sendiri dan dikemukakan kepada JPPM untuk kelulusan.

"Setelah diluluskan, adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan pertubuhan itu mengendalikan urus tadbir dengan baik.

"Dalam hal ini PPBM sendiri yang melanggar perlembagaan parti, iaitu membenarkan sayap pemuda yang dinamakan "Armada" beroperasi sedangkan belum mendapat kelulusan pindaan perlembagaan dan belum mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan," katanya.

Surayati berkata isu Armada adalah sesuatu yang serius dan dilihat tidak menghormati Akta Pertubuhan kerana menurut perlembagaan PBBM sendiri yang berdaftar dengan JPPM, Fasal 28 mengenai Pindaan Perlembagaan, iaitu 28.1 menyebut "apa-apa pindaan  ke atas Perlembagaan PBBM perlu dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga perwakilan yang hadir di Perhimpunan Agung Khas.

"Pucuk pimpinan PBBM perlu tahu bahawa perlembagaan parti dan juga undang-undang berkaitan pertubuhan adalah sesuatu yang sangat serius. Ini pernah terjadi pada tahun 1988 apabila UMNO diharamkan kerana melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan," kata Surayati.

Mengenai isu mesyuarat agung tahunan,  katanya sehingga ke hari ini PBBM tidak mengadakan sebarang mesyuarat EGM atau AGM dan melaporkannya kepada JPPM.

"Kenyataan media Setiausaha Agung Khas PBBM pula menyatakan parti itu telah membuat EGM pada 2 November 2016 dan mendapati hanya 12 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang direkodkan hadir.

"Dalam mesyuarat yang sama juga mereka menetapkan untuk membuat pindaan kepada perlembagaan PBBM. Sedangkan di dalam Fasal 28 Perlembagaan PBBM, syarat itu tidak dipatuhi," tambahnya.

Surayati berkata pihaknya ada menerima permohonan untuk menangguhkan mesyuarat agung tahunan PBBM itu, dan sudah pasti akan merujuk semula kepada perlembagaan PBBM dan memang mendapati tiada apa-apa fasal atau peruntukan yang membolehkan parti itu menangguhkan mesyuarat agung tahunan.

"Kesalahan bagi tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan ini juga sesuatu yang sangat serius kerana ianya telah melanggar perlembagaan parti PBBM sendiri dan boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti itu sendiri."

Pada sidang media itu Surayati memberi amaran keras kepada sesiapa sahaja supaya tidak memanipulasi isu ini dengan menyerang atau membuat tohmahan tanpa asas terhadap JPPM.

"Sebelum membuat sebarang tohmahan ke atas JPPM, sila baca perlembagaan rasmi PBBM yang didaftarkan dengan JPPM. Sekiranya tuduhan terus berlaku, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang terlibat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana