Ahmad Maslan selar individu sebar fitnah sebagai 'bodoh'

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan menyelar individu yang menyebar fitnah kepadanya sebagai bodoh, susulan kenaikan harga minyak semalam.

Sambil menafikan bahawa beliau mengatakan kerajaan menaikkan harga petrol bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Menerusi Twitter hari ini, Ahmad berkongsikan infografik yang memaparkan gambarnya dengan mesej berbunyi "Kerajaan menaikkan harga minyak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya - Ahmad Maslan".

"Infografik yang disebar ini fitnah bodoh. Dahlah fitnah, bodoh pula," tegas anggota parlimen Pontian itu.

Ahmad berkata beliau telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebarkan mesej itu di media sosial.

"Pegawai saya juga akan membuat laporan Polis, #PDRM. Kita mesti #PerangiFitnahMediaSosial #SemakSebelumSebar juga #FikirSebelumTular. Saya harap mereka yang terlibat akan diambil tindakan, ujar beliau.

Menurut Ahmad beliau tidak pernah menyebut kenyataan itu memandangkan harga minyak bukan terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya.

"Apa hal saya nak sebut tentang harga minyak, bukan bawah MITI. Harga minyak Malaysia ikut harga minyak dunia, bukan kerajaan yang naik atau turunkan. #SKMM elok tangkap mereka ini!" katanya.

Harga petrol terus meningkat minggu ini, iaitu RON95 naik tujuh sen kepada RM2.38 seliter manakala RON97 naik enam sen kepada RM2.66 seliter.

Sementara itu, harga diesel meningkat sebanyak lima sen kepada RM2.25 seliter, juga mencecah paras tertinggi baru di bawah sistem apungan yang diperkenal Mac lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana