ADUN DAP SERANG RESTORAN JAMAL

Budak jahat DUN Selangor, Ng Suee Lim menyifatkan tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos membuka restoran yang menawarkan makanan percuma kepada pelanggan sebagai mengganggu peniaga-peniaga lain di sekitar Sekinchan.

Dalam serangannya itu semalam di sidang DUN Selangor, Suee Lim melabelkan tindakan Jamal sebagai tidak kena pada tempatnya dalam usaha membantu mengurangkan bebanan hidup rakyat.

“Disebabkan tingkah laku beliau, telah menjejaskan pendapatan mereka dan ini sesuatu yang sangat tidak sihat. Ia bukan caranya,” dakwa Suee Lim.

Kami tak pasti apa motif sebenar ADUN DAP Sekinchan ini membangkitkan perkara tersebut ketika menjawab perbahasan oleh ADUN Dengkil, YB Shahrum Mohd Sharif.

Untuk makluman Suee Lim, restoran Jamal mendapat sambutan yang cukup hangat daripada orang ramai. Tidak ada seorang pun setakat ini yang menikmati juadah yang disediakan oleh Jamal, balik ke rumah dan memburuk-burukkan usaha beliau membantu meringankan beban mereka itu. Mereka malah berterima kasih kepada Jamal.

Suee Lim juga patut sedar bahawa restoran Jamal hanya menyediakan menu percuma untuk makan tengah hari sahaja. Beliau tidak menyediakan sarapan pagi, minum petang, makan malam atau lewat malam seperti di restoran lain.

Hanya sekali sahaja, dalam sehari, untuk tempoh lima hari dalam seminggu, beliau menjamu tetamu-tetamunya dengan makanan dan minuman secara percuma. Bila masa pula dia mengganggu perniagaan orang lain?

Adakah Suee Lim cuba melindungi peniaga-peniaga yang sering mengaut untung berlipat kali ganda khususnya di Sekinchan dengan melancarkan serangan terbuka sebegini terhadap Datuk Jamal ketika Jamal tidak mempunyai peluang untuk membalas serangan tersebut di DUN Selangor?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana