Ada apa-apa ke ? Zahid pula lawat Anwar..

Apa nak buat jika ada yang syok reka macam-macam andaian dan spekulasi.

Semalam Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...hari ini, Sabtu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh," kata Zahid dalam catatan di Twitter dan Facebook.

Beliau turut muat naik sekeping gambar timbalan perdana menteri dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis ketika melawat bekas ketua pembangkang itu.

Anwar dipindahkan dari penjara Sungai Buloh untuk jalani pembedahan di bahagian bahu di situ pada Ahad lalu.

Dari sudut politik ini mungkin perkembangan menarik.

Namun mereka yang faham politik dan minda terbuka cukup tahu amalan melawat orang sakit,ziarah kematian dan hadir kenduri kendara melangkaui batas politik.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan Najib  seorang pemimpin berjiwa besar apabila sanggup mengenepikan perbezaan fahaman politik apabila melawat Anwar.

Katanya dalam politik, Anwar adalah musuh Barisan Nasional (BN) namun atas prinsip ukhuwah dan Islamiah, Najib yang juga Presiden UMNO lebih mengutamakan silaturahim.

"Sebelum ini pun, Perdana Menteri melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

"Ini cara politik matang yang kita amalkan walaupun wujud perbezaan fahaman politik tetapi silaturahim tidak terputus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Semarak Bahasa Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru di Tumpat Sabtu.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata amalan politik matang tersebut juga dapat dilihat apabila Perdana Menteri bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyelesaikan masalah rakyat ketika bah kuning pada 2014.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana